City rugi belanja mewah

on Monday, December 17, 2012

  

Pemain Manchester City Yaya Toure (dua dari kanan) dan rakan sepasukan meraikan gol ketika bertemu United, minggu lalu.

London: Manchester City kerugian $150 juta (RM458.5 juta) pada musim lalu berikutan perbelanjaan tinggi kelab untuk pemainnya sebelum memenangi gelaran pertama di Liga Perdana Inggeris selepas 44 tahun. 

Sebanyak 90 juta pound (RM444.8 juta) dibelanjakan bagi membiayai perbelanjaan skuad dalam tahun kewangan terakhir susulan yuran perpindahan sejak kelab itu dimiliki Abu Dhabi pada 2008 meningkat kepada 580 juta pound (RM2.9 bilion). 
Pemiliknya, Sheikh Mansour Zayed Sultan Al Nahyan menyuntik 169 juta pound (RM835.2 juta) kepada ekuiti kelab, dengan keseluruhan 1 bilion pound (RM4.9 bilion) dibelanjakan bagi tempoh empat tahun. 


Tetapi juara Liga Perdana itu mula mengatur semula kerugian dan perbelanjaan bagi memenuhi peraturan Kewangan Fair Play UEFA, yang diperkenal bagi mengurangkan perbelanjaan seperti dilakukan Sheikh Mansour. 

Pengurus, Roberto Mancini perlu mengurangkan perbelanjaan bagi skuadnya dengan perbelanjaan menurun kepada 90 juta pound (RM444.8 juta) selepas perbelanjaan sebelum ini melebihi 130 juta pound (RM642.4 juta) dalam tiga tahun sebelum itu. 

“Manchester City menempuhi laluan panjang biarpun dalam masa yang pendek,” kata pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak. - AP


                             
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal