MALAYSIA VS THAILAND AFF SUZUKI CUP 2012

on Thursday, December 13, 2012



aff suzuki cup 2012,malaysia vs thailand
                                    Malaysia vs Thailand AFF Suzuki Cup 2012

Malam ni akan berlangsungnya perlawanan antara Malaysia vs Thailand dalam perlawanan separuh akhir pusingan kedua kempen Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Supachalasai, Bangkok bermula jam 8.00 malam. Perlawanan malam ini merupakan perlawanan penentuan bagi menentukan siapa yang akan layak ke pusingan akhir kempen Piala AFF Suzuki 2012 bertemu Singapura nanti.
Pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lalu, Malaysia sekadar mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Thailand. Dengan keputusan tersebut, Thailand mempunyai sedikit kelebihan dengan kelebihan jaringan ditempat lawan yang pastinya menyukarkan sedikit misi Malaysia untuk melangkah ke pusingan akhir. Tapi dalam sukan bola sepak, dalam masa 90 minit apa-apa pun boleh terjadi dan kita masih lagi berpeluang ke final.
Pada perlawanan malam ini, pemain-pemain Malaysia seharusnya memberikan fokus yang tinggi terhadap perlawanan bagi memastikan impian untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki dapat dilaksanakan. Keputusan seri 1-1 pada malam ini sudah memadai buat anak buah Datuk K. Rajagobal untuk layak ke final.
Sebenarnya untuk mengatasi Thailand di tempat lawan adalah bukan perkara yang mustahil jika Malaysia mampu mengekalkan rentak permainan seperti aksi separuh akhir pertama di Bukit Jalil. Korang rasa pasukan manakah yang layak menuju ke peringkat Final Piala AFF Suzuki 2012 pada malam ini?
harimau malaya,suzuki cup
            Siaran Langsung Malaysia vs Thailand ini boleh disaksikan melalui siaran TV RTM1. Bagi yang tidak berpeluang ke stadium atau menyaksikan perlawanan secara langsung di televisyen bolehlah boleh juga menyaksikan perlawanan bola sepak ini melalui Live Streaming Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 13 December 2012 melalui pautan dibawah.          
                               Link Live Streaming Malaysia vs Thailand [Klik]
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal