Pemilik mahu Henry selamatkan Arsenal

on Sunday, December 16, 2012




LONDON - Pemilik saham kedua terbesar Arsenal, Alisher Usmanov ingin melihat Thierry Henry kembali ke Gunners sebagai staf kejurulatihan.
Kenyataan bilionair Rusia itu beberapa hari selepas kekalahan memalukan Arsenal kepada kelab kerdil Liga Dua (divisyen empat) pada suku akhir Piala Liga.

Namun pengurusnya, Arsene Wenger yang mempunyai kontrak sehingga 2014 tidak terancam kedudukannya selepas diberikan sokongan penuh pemilik saham majoriti, Stan Kroenke dan lembaga kelab.

Usmanov, 59, yang memiliki 29 peratus saham dan bersaing untuk mendapatkan tempat dalam lembaga Arsenal, berpendapat Wenger memerlukan lebih banyak bantuan daripada barisan kejurulatihan Gunners.

Katanya, legenda Gunners, Henry mempunyai peranan yang lebih penting daripada sekadar pulang sebagai seorang pemain apabila dia dipinjamkan dari New York Red Bulls bulan depan.

"Saya tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan di kelab tetapi ada beberapa pemain saya masih ada berhubungan.

"Paling saya gemari tentunya Thierry Henry. Thierry patut terlibat membantu kelab ini namun bukan sebagai pemain. Dia ada peranan yang lebih penting untuk dimainkan.

"Misalannya Patrick Vieira di Manchester City. Dia merupakan simbol Arsenal tapi dia sedang membantu kelab lain.
"Kita kena mengelak daripada berlaku ke atas Thierry. Kehadiran seorang juara boleh mengubah jiwa sesebuah pasukan.
"Itulah yang ditunjukkan Thierry tahun lalu apabila dia kembali ke Arsenal," ujar Usmanov. - AGENSI

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal