Penyokong Bolasepak Mahu Kepimpinan FAM Dirombak

on Monday, December 31, 2012


alt

KUALA LUMPUR, 30 Dis -Satu kumpulan penyokong bolasepak tempatan menyeru agar kepimpinan FAM dirombak, dengan mendakwa persatuan itu perlu dipertanggungjawabkan dengan kekalahan Harimau Malaya daripada Piala Suzuki AFF dan mendakwa ketua jurulatih, Datuk K. Rajagopal telah dijadikan kambing hitam akibat itu.

Walau bagaimanapun, kumpulan yang dikenali sebagai Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ), percaya jurulatih dan pemain tidak harus dipersalahkan 100 peratus, dan menambah kepimpinan tertinggi FAM tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki yang status M-League sepanjang ianya diadakan.

"Kekalahan baru-baru ini yang ditanggung pasukan kebangsaan tidak harus diletakkan dibahu jurulatih dan pemain. FAM juga perlu mengambil tanggungjawab atas kekalahan ini," kata ketua kumpulan ini, Alfadli Awaluddin.

"Dan perkara ini bukan hanya bertitik tolak dari kekalahan Piala Suzuki, namun melibatkan perjalanan bola sepak Malaysia untuk 10-20 tahun yang lampau."

Menurut Alfadli, bola sepak tanah air tidak menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan apabila dibandingkan dengan negara-negara pesaing sekitar Asia. Beliau juga mendakwa bahawa salah satu masalah paling asa ialah ketiadaan liga yang berkualiti tertinggi di negara ini.

"Selama 28 tahun, kita beralih dari liga amatur kepada liga semi-pro pada tahun 1989. Dan kita berpindah ke liga profesional pada tahun 1993. Namun sejak itu, kita masih terperangkap dan digredkan sebagai liga kelas D.

"Jepun telah datang untuk belajar dari kita sehingga liga mereka kini diklasifikasikan sebagai gred A-. Hasilnya, pasukan liga kita tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam Liga Juara-Juara Asia, tidak juga dalam pertandingan playoff."

FAM sebelum ini menyebut kedudukan ranking rendah Malaysia tidak perlu digusarkan selagi pasukan negara terus memperbaiki dan memenangni setiap pertandingan. Alfadli bagaimanapun mempersoalkan prinsip ini, malah menegur kurangnya permainan perlawanan persahabatan kelas 'A' untuk pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.

"Jika kedudukan (ranking) tidak penting, di manakah arah tujuan sebenar bolasepak negara? Apakah objektif asas FAM?

"Pasukan bola sepak negara-negara kecil meletakkan penuh perhatian ke arah meningkatkan ranking dunia mereka, kerana ia akan menetapkan satu matlamat bagi pasukan negara secara keseluruhannya.

"Saya juga difahamkan bahawa FIFA mengeluarkan kalendar empat tahun sekali. Ini sebenarnya memberi ruang masa yang cukup  untuk FAM mengatur perlawanan persahabatan yang berkualiti tinggi untuk pasukan kebangsaan kita. Tetapi persoalannya, mengapa mereka tidak berbuat demikian?
"Adakah kita hanya berpuas hati cukup dengan memenangi Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF?" katanya.

sumber:klpos
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal