Moustafa Ismail Bangga Dipanggil Popeye

on Sunday, February 24, 2013

popeye the sailorman,bayam



BOSTON: Seorang ahli bina badan kelahiran Mesir diiktiraf memiliki bisep terbesar di dunia dengan ukuran 78.7 sentimeter.

Moustafa Ismail, menghabiskan masa 10 tahun berlatih mengangkat berat dua kali sehari bagi membentuk otot di pangkal lengannya.

Usaha itu membolehkan Moustafa memiliki bisep yang sama besarnya dengan ukur lilit pinggang lelaki dewasa.

Walaupun fizikalnya seperti watak kartun Popeye, Moustafa mengaku bahawa beliau tidak gemar sayur bayam.

Sebaliknya beliau makan sehingga 1.5 kilogram ayam, 0.5 kilogram daging atau ikan dan empat cawan almond bersama sembilan liter air dan tiga liter bancuhan protein.

moustafa ismail,popeye,spanish,bayam


Disebabkan terlalu komited dengan bina badan, Moustafa membawa semua ahli keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat bagi memudahkan beliau menggunakan peralatan latihan yang lebih baik.

“Ramai mendakwa mereka terkenang kepada Popeye setiap kali melihatnya. Saya hanya ketawa tetapi saya rasa lengan saya lebih besar daripada Popeye,” katanya.

Moustafa berkata beliau memulakan aktiviti bina badan 10 tahun lalu dalam usahanya mengekalkan kecergasan.

Selepas sering mengunjungi gimnasium, beliau menerima banyak pujian mengenai bisepnya.

“Oleh itu, saya menumpukan latihan kepada bisep dan membentuknya menjadi lebih besar,” katanya.

Lima tahun lalu, Moustafa gagal dipilih menyertai pasukan bina badan Mesir.

Kegagalan itu mendorong beliau berhijrah ke Amerika.

popeye the sailorman,bayam,kartun popeye


Walaupun mengakui mengambil bancuhan protein bagi membentuk badannya, Moustafa berkata keupayaannya itu juga dipengaruhi genetik bapanya – seorang ahli gusti Mesir.

Setiap hari, Moustafa berlatih dari 5 pagi hingga 8 pagi. Jika tidak berada di gimnasium, Moustafa menguruskan dua stesen minyak milik`nya di Massachusetts.

Menurut Moustafa, latihan fizikal membolehkan beliau fokus dalam setiap apa yang dilakukan.

Bisep Moustafa kini disahkan paling besar dan namanya muncul dalam Buku Rekod Dunia Guinness 2013 yang dilancarkan di London,  – Agensi. GWY4VYERG4A4


sumber:utusan

Ranking: 5

{ 7 comments... read them below or add one }

farhan said...

wahhhh...kayak angka delapan gitu...hadewwww


February 25, 2013 at 5:48 PM
reki said...

hahah, itu popeye beneran :D


February 26, 2013 at 1:52 PM
Icah Banjarmasin said...

Bisepnya besar sekali ya bang...hahahahyyy


February 26, 2013 at 10:53 PM
Motamatika said...

Malah menakutkan bentuknya haha..


February 27, 2013 at 10:47 PM
Bunda_nora said...

memang macam popeye pun


February 27, 2013 at 11:14 PM
Unknown said...

watak popeye yang benar..

http://www.noormalashahar.blogspot.com

www.noormalashahar.com


March 1, 2013 at 7:07 PM

Post a Comment

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal