Seludup Dadah Guna Kurier

on Friday, June 7, 2013

seludup dadah kurier

Sepang - Penghantaran dadah menggunakan khidmat kurier disyaki menjadi modus operandi baru bagi sindiket menyeludup dadah antarabangsa berikutan peningkatan tangkapan kes penyeludupan menggunakan kaedah itu.

Susulan itu, Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk Chik Omar Chik Lim, berkata jabatannya akan memberi lebih perhatian terhadap bungkusan dihantar menggunakan khidmat kurier.
“Ini modus operandi agak berbeza dan kita akan tumpukan pemeriksaan terhadap bungkusan dihantar menggunakan kurier kerana ada peningkatan dalam kes penyeludupan dadah menggunakan kaedah ini.

“Tahun ini saja, antara Januari hingga Mei, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya mengesan enam bungkusan mengandungi dadah.

Dadah disembunyikan

“Dadah berkenaan lazimnya diisi atau disorok dalam kasut, tin makanan dan bungkusan, malah ada juga menyembunyikannya dalam beg kecil bagi menyimpan telefon bimbit,” katanya. kepada media, di sini, semalam.

Chik Omar berkata, kebanyakan penghantaran bungkusan menggunakan khidmat kurier itu dihantar dari pelbagai destinasi antarabangsa ke Malaysia.
Sementara itu, beliau berkata, KDRM KLIA berjaya merampas 25.8 kilogram dadah jenis ketamin dan methamphetamin bernilai RM2.12 juta sepanjang bulan lalu serta menahan tiga suspek warga asing.

Beliau berkata, tangkapan terbaru pada 2 Jun lalu pula membabitkan dua wanita warga Nigeria yang cuba menyeludup 7.8 kilogram dadah jenis methamphetamin bernilai RM1.48 juta yang disorok di ruang khas dalam beg mereka.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal