Kejar Penyamun 7 kilometer

on Friday, August 30, 2013

penyamun dikejar 7 kilometer dari jalan kenari


Serdang - Cubaan tiga lelaki yang mahu menyamun seorang wanita membawa padah selepas ditahan polis yang mengejar mereka sejauh tujuh kilometer dari Jalan Kenari dekat Puchong hingga ke The Mines, Seri Kembangan, di sini, kelmarin.

Tiga lelaki berusia 20-an itu bergiat aktif dalam kegiatan samun di sekitar Serdang ditahan kira-kira jam 11.30 malam oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV).


Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, sebelum kejadian, mangsa yang sedang berbual-bual dengan rakannya di depan sebuah rumah di Jalan Kenari secara tiba-tiba didatangi tiga lelaki bersenjata parang panjang yang menaiki kereta Toyota Vios.

Katanya, kumpulan lelaki itu yang mahu menyamun dengan mengacukan parang ke leher mangsa.


“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa menjerit minta pertolongan sebelum didengari anggota MPV yang kebetulan membuat rondaan di kawasan berdekatan.


“Melihat kehadiran anggota polis, kumpulan terbabit terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju ke arah Seri Kembangan sebelum dikejar anggota MPV berkenaan sejauh tujuh kilometer,” katanya dalam sidang media selepas menjalankan operasi Op Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini.


Virus Kencing Tikus Ragut 28 Nyawa Setakat 24 Ogos

on Wednesday, August 28, 2013

virus kencing tikus

PUTRAJAYA - Sebanyak 28 kematian direkod daripada 2,925 kes jangkitan virus kencing tikus (leptospirosis) di seluruh negara sejak awal tahun sehingga 24 Ogos ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, sebanyak 48 kematian direkod daripada 3,665 kes jangkitan virus itu tahun lepas berbanding 55 kematian daripada 2,268 kes pada 2011 dengan Selangor merekodkan kes paling banyak iaitu 806 kes, Wilayah Persekutuan 351 kes dan Perak 299 kes.
"Jadi, saya minta pihak berkuasa tempatan untuk mempertingkat usaha mereka memastikan kebersihan, khasnya di premis makanan.

"Mereka kena buat pemeriksaan yang lebih rapi dan mengambil tindakan terhadap premis kotor bagi mengurangkan bilangan jangkitan kes itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata ancaman penyakit itu, yang berpunca daripada penularan wabak kencing tikus atau leptospirosis, hanya boleh diatasi jika masyarakat menjadikan kebersihan sekitar satu tanggungjawab.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti riadah di tempat berpotensi dicemari seperti berkelah dan berenang di kolam atau sungai yang tidak diselenggara dengan sempurna.

"Elakkan daripada berenang atau bermain di kawasan bertakung atau aliran air atau sungai yang perlahan. Elakkan juga daripada meminum air sungai atau kolam yang tidak dimasak, dan dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala penyakit," katanya.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata Malaysia bertanggungjawab melaksana semua peruntukan di dalam Perjanjian Antarabangsa Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC), yang menggariskan langkah kawalan komprehensif bagi melindungi kesihatan rakyat daripada kesan kemudaratan penggunaan tembakau.

"Kementerian telah menggaji dan mendapati peruntukan di dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh memberi kesan negatif terhadap langkah kawalan tembakau di negara ini dan menjejaskan komitmen negara terhadap konvensyen WHO FCTC.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menyokong usaha mana-mana negara atau pertubuhan yang berpendirian sama agar segala peruntukan berkaitan tembakau dan hasil tembakau dikeluarkan daripada TPPA. - BERNAMA


Budak Didera Ibu Meninggal Dunia

on Tuesday, August 27, 2013

budak koma didera ibu sendiri,meninggal dunia


Ipoh - Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang parah didera ibu sendiri, meninggal dunia semalam selepas hampir dua minggu dirawat di Unit Rawatan Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Kanak-kanak malang itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.40 petang ketika dalam koma selepas dimasukkan ke hospital 14 Ogos lalu.


Enam Cedera Kena Tembakan Rambang

on Sunday, August 25, 2013

cedera tembakan rambang


Dua lelaki lepas tembakan di restoran

Nibong Tebal - Enam lelaki cedera selepas dua lelaki bermotosikal melepaskan beberapa das tembakan rambang di sebuah restoran di Taman Kasawari, Simpang Ampat, dekat sini malam kelmarin.

Lepaskan tembakan, lari
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, enam lelaki berkenaan dikatakan sedang minum di restoran terbabit apabila dua lelaki menunggang sebuah motosikal Yamaha LC menghampiri dan melepaskan tembakan ke arah mereka sebelum memecut meninggalkan lokasi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika ditemui di tempat kejadian, berkata dua daripada mangsa cedera bahagian rusuk dan punggung, manakala empat lagi luka di beberapa bahagian badan akibat terkena serpihan peluru.

Katanya, mangsa yang cedera rusuk dan punggung itu duduk di sebuah meja paling depan, manakala empat yang terkena serpihan peluru duduk di meja bersebelahan.

“Semua mangsa berusia antara 20 hingga 50 tahun dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan dan dilaporkan stabil. Setakat ini kita belum tahu motif sebenar kejadian, tetapi percaya ia mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Sangka bunyi mercun

Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, berkata dia berada di sebuah kedai berhampiran dan menyangka bunyi yang didengar itu berpunca daripada mercun sebelum terkejut apabila mendengar jeritan memaklumkan ada orang terkena tembakan.

Katanya, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat tiga lelaki terbaring di atas jalan dan cuba dibantu orang ramai yang berada di lokasi kejadian.


Samsung Galaxy Tab 3

on Thursday, August 22, 2013

galaxy tab 3


Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenal barisan GALAXY Tab 3 terbarunya dalam tiga saiz iaitu 7.0 inci, 8.0 inci dan 10.1 inci untuk pasaran tempatan.

Bagi model GALAXY Tab 3 7.0 inci dan 8.0 inci, kedua-duanya kini boleh didapati di rangkaian kedai runcit elektronik seluruh negara, manakala bagi model 10.1 inci pula akan mula dipasarkan bermula pertengahan September ini.
GALAXY Tab 3 7.0 inci ditawarkan pada harga RM1,099, sementara bagi saiz 8.0 untuk model WiFi dan LTE masing-masing ditawarkan pada harga RM1,099 dan RM1,499 seunit.

Syarikat elektronik Korea Selatan itu berkata, siri GALAXY tab 3 itu menawarkan kepada pelanggan pelbagai bentuk untuk melihat, mendengar, mencipta dan berkongsi acara yang bermakna dan kandungan istimewa dengan insan penting dalam hidup mereka.

Katanya, sama ada melayari laman web di rumah atau membaca sewaktu mengembara, setiap peranti dilengkapi dengan kandungan bermutu tinggi.

“Ia sangat sesuai digunakan bagi menonton atau berkongsi kandungan dengan kawan dan keluarga serta merakamkan detik spontan dalam kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Reka bentuk nipis
GALAXY Tab 3 7.0 inci didatangkan dengan reka bentuk senipis 9.9 milimeter dan seberat 306 gram sekali gus menjadikannya mudah dan selesa untuk dipegang.

Ia turut dijana dengan prosesor Dwi Teras 1.2 GHz yang menawarkan pengalaman penggunaan lancar kepada pengguna, berserta akses kepada kandungan premium di Samsung Hub dan WatchON, ia menjanjikan hab hiburan mudah alih yang berkuasa.

Sementara itu, bagi GALAXY Tab 8.0 inci pula, ia direka supaya selesa dipegang menggunakan satu tangan dan sesuai untuk digunakan bagi menonton video, bermain permainan dan membaca e-buku di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Peranti itu juga sesuai untuk kegunaan pelancong menerusi aplikasi S Translator yang membolehkan terjemahan segera menerusi pengenalan suara dan juga teks sama ada di emel, mesej teks dan ChatON.


Banjir Lumpuhkan Ibukota Filipina

on Wednesday, August 21, 2013

manila banjir

Manila - Hujan lebat melumpuhkan kegiatan harian di ibu negara Filipina ini semalam, menenggelamkan beberapa kawasan hingga ke paras pinggang dan menyebabkan beberapa jalan raya tidak boleh dilalui kenderaan.

Pada masa sama, ribuan penduduk yang terkandas di di kawasan pantai dan pergunungan di utara negara itu terpaksa berlindung di khemah sementara.


Agensi bencana kebangsaan dan pegawai tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya dua orang mati dan beberapa lagi hilang.

Sekolah, bursa saham, mahkamah dan kedutaan ditutup. Biro cuaca meletakkan bandar raya Manila, kawasan yang didiami 12 juta orang pada tahap berjaga-jaga.


Banjir berlaku selepas hujan lebat yang dibawa oleh monsun sepanjang malam kelmarin.


Rakaman televisyen menunjukkan penduduk terperangkap di atas bumbung rumah ketika banjir melanda bandar Binan di sekitar Tasik Laguna berhampiran Manila.

Banjir kerap berlaku di Manila kerana kegiatan penebangan hutan di kawasan pergunungan, laluan air dan terusan yang semakin sempit kerana kawasan sekitar yang didiami sejumlah besar setinggan serta perancangan bandar yang buruk.


Di bandar Sagada di utara Manila, tentera dan polis menyelamat 29 pelancong, termasuk 13 warga Jepun yang terkandas di dalam gua selepas hujan lebat selama dua hari menyebabkan air sungai di pintu masuk melimpah tebing.

Pintu banjir beberapa empangan di Luzon terpaksa dibuka kerana paras air yang semakin meningkat sementara ribuan penduduk diarah berpindah Dalam pada itu, tanah runtuh dan banjir memaksa laluan trafik di sebuah lebuh raya utama menuju ke Manila ditutup. - AFP


Korban Rombongan Perkahwinan

on Monday, August 19, 2013

banjir di sana'a

SANA'A - Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan lebih 41 hilang apabila kenderaan rombongan perkahwinan dihanyutkan arus banjir deras di selatan Yaman, semalam.

Jurucakap pegawai daerah Shara'ab berkata, mangsa adalah wanita dan kanak-kanak di dalam tiga kenderaan.

"Kejadian berlaku apabila mereka melalui jalan raya di lembah Wadi Nakhla terletak antara Taiz dan wilayah Ibb," katanya yang turut mengesahkan lapan mangsa diselamatkan termasuk pengantin perempuan.

Yaman merupakan sebuah negara yang terdedah kepad banjir berikutan kedudukannya di hujung selatan Semenanjung Arab.  -  Al-Jazeera



Xiaomi Phone 2

Xiaomi Phone 2 dari china


Beijing - Xiaomi Tech, pengeluar telefon pintar China bagi menyaingi iPhone, mensasarkan meraih keuntungan lebih tinggi daripada perkhidmatan internet mudah alih yang ditawarkannya berikutan harga peranti yang rendah.
Walaupun jualan Xiaomi Phone pada suku kedua tahun ini lebih tinggi daripada yang dicatat iPhone, harga peranti yang jauh lebih murah menyebabkan syarikat meraih marjin keuntungan yang kecil.

Keadaan itu, mendorong Ketua Eksekutif yang juga pengasas syarikat, Lei Jun menyusun gerak kerja mengembangkan perniagaan internet mudah alih China yang dianggarkan bernilai sekitar AS$30 (RM98.3 bilion) bilion menjelang 2015 daripada kira-kira AS$9 bilion (RM29.5 bilion) tahun lalu.

“Xiaomi kelihatan sedikit sama dengan Apple (iPhone), tetapi lebih sama Amazon dan beberapa elemen serupa Google,” kata Lei yang memakai kemeja dan seluar jeans biru dan kasut sukan dalam satu pertemuan sempena pelancaran Xiaomi Phone 2 di sini.

“Telefon pintar hanyalah perantara,” kata Lei yang melancarkan Xiaomi Phone pada 2011.

“Microsoft menjual Windows dalam satu kotak dengan CD. Adakah ia membuatkan Microsoft sebagai syarikat pengeluar kotak kertas,” tambahnya.
Peranti lebih murah

Populariti telefon bimbit murah lagi menarik, Xiaomi adalah tidak boleh dinafikan dengan telefon pintar utama, Mi 2S, adalah model paling popular di China pada separuh pertama tahun ini, menurut syarikat penyelidik tempatan, Antutu.

Model terbaru Xiaomi, Hongmi, dijual pada AS$130 (RM426), lebih murah berbanding AS$770 (RM2,523) bagi iPhone 5 atau AS$470 (RM1,540) bagi model terbaru Galaxy keluaran Samsung Electronics Co Ltd yang menjadi peneraju pasaran di China.

Pada suku kedua tahun ini, Xiaomi berada pada kedudukan keenam daripada segi penguasaan pasaran, satu tangga di depan Apple.

Kedudukan itu bagaimanapun mungkin berubah apabila firma AS itu dijangka memperkenalkan model rekaan semula iPhone pada September selain mungkin mengeluarkan model lebih murah.

Jun, 43, berkata adalah sukar membuat perbandingan dengan Apple hingga penamat dan persaingan dengan syarikat tempatan Alibaba Group Holding, Baidu Inc dan Tencent Holdings Ltd baru bermula. - REUTERS


40 Ekor Ular Sawa Ditemui Di Bilik Hotel

Noah Barthe dan Connor Barthe


MONTREAL - KANADA. Polis menemui 40 ekor ular sawa di sebuah bilik hotel sekali gus merungkai punca kematian dua kanak-kanak seminggu lalu di Quebec, Kanada.

Polis dalam satu kenyataan melaporkan, reptilia itu ditemui dalam tong penyimpanan plastik di sebuah bilik hotel di Brantford, Ontario.

“Bilik itu sebelum ini didiami oleh dua individu yang didakwa pemilik ular yang membunuh dua kanak-kanak minggu lalu di sebuah kawasan kejiranan,” katanya kepada AFP.

Menurut kenyataan itu, kertas pertuduhan terhadap pasangan itu akan dibuka atas dakwaan melanggar undang-undang pemilikan haiwan terlarang.

“Ular sepanjang antara 30 sentimeter hingga 1.4 meter itu diserahkan kepada Persatuan Perlindungan Haiwan Kanada untuk pemantauan,” katanya.

Minggu lalu, Noah Barther, 5, dan Connor, 6,  maut di bandar timur Campbellton, New Brunswick selepas dipercayai dibelit ular sawa Afrika yang terlepas dari kurungan dipercayai milik pasangan tersebut.


Pesawat Kesan Sarang Nyamuk

on Sunday, August 18, 2013

condor aerial drone maverick

MIAMI - Sebuah agensi yang di Florida Keys mungkin menjadi pihak berkuasa pertama menggunakan pesawat kawalan jauh atau ‘dron’ bagi mengesan tempat pembiakan nyamuk dalam usaha menghapuskan serangga itu.

“Ini kerana pulau kecil yang ada di sini semuanya berhutan,” kata Pengarah Eksekutif Daerah Kawalan Nyamuk Florida Keys, Michael Doyle.
Penggunaan ‘dron’ bertujuan memudahkan usaha menghapuskan sarang nyamuk. Pada 26 Ogos, ketua syarikat Condor Aerial berpejabat di Carolina Utara akan menunjukkan keupayaan dron Maveric berharga AS$65,000 (RM195,000) dalam usaha itu.


Ia berharap dapat menjualnya kepada pihak berkuasa Florida Keys, antara destinasi pelancongan utama di Florida.

Kawasan penuh dengan pulau itu bermula dari selatan Miami hingga Teluk Mexico sejauh 1,494 kilometer manakala selatannya di Key West hanya 672 kilometer dari Cuba.

Ketua Pegawai Eksekutif Condor Aerial, Fred Culbertson berkata dron itu boleh terbang selama 90 minit.
Untuk mengawal nyamuk, ia akan dilengkapi kamera pengesan yang dapat menunjukkan di mana nyamuk bertelur.

Pegawai perlu menjalani kursus pengesan juruterbang dan pegawai tempatan perlu mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan bagi melakukan penerbangan dron itu.

“Pesawat itu tidak akan digunakan untuk memantau manusia,” tegas Culbertson.
Agensi berkenaan mempunyai 40 pegawai penyiasat untuk meninjau 42 pulau dalam kawasan seluas 225 kilometer persegi.

Nyamuk ‘Salt Marsh’ sering memberi masalah kerana membiak pantas hingga berjuta-juta selain boleh terbang setinggi 9.5 kilometer tetapi sasaran utama ialah Aedes aegypti yang menyebarkan denggi.

Pada 2010, penyakit itu menjangkiti 63 orang, kata Pusat bagi Kawalan Penyakit (CDC). REUTERS


Mati Disembelih Bapa Saudara

on Saturday, August 17, 2013

yogiswari disembelih bapa saudara,taman sri reko kajang
                       Mayat Yogiswari yang disembelih bapa saudaranya di sebuah kuil di Taman Sri Reko, Kajang


Kajang - Seorang pelajar Tingkatan Empat mati disembelih bapa saudaranya, sebelum suspek bertindak

mengelar leher sendiri dalam kejadian di sebuah kuil dekat Jalan Reko di sini, pagi semalam.


Kejadian di Taman Sri Reko itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi, ketika mangsa K Yogiswari, 16, berada

di rumah suspek, sambil membantu ibu saudaranya mencuci pinggan di dapur, sebelum didatangi suspek berusia 59 tahun itu yang secara tiba-tiba mengacu pisau pada leher mangsa.




Nokia Lumia 1020

on Friday, August 16, 2013

Nokia Lumia 1020 cenematic video

Nokia melancarkan telefon pintar baru, Lumia 1020 dengan ciri paling menonjol iaitu kamera 41 megapiksel, dalam usahanya mengejar dan merapatkan kedudukan dengan peneraju industri, Samsung Electronics Co dan Apple Inc. Lumia baru dengan kamera 41 megapiksel, jauh mengatasi iPhone 5 dan Samsung Galaxy S4 yang masing-masing dengan kamera 8 dan 16 megapiksel. Malah, resolusi kamera pada Lumia jauh lebih baik daripada kamera kompak tertentu.

Bagaimanapun, megapiksel tinggi tidak bermakna mutu gambar lebih baik kerana ada faktor lain termasuk kualiti lensa turut memberi kesan. Keupayaan pengimejan pada model ini adalah luar biasa. Namun Lumia masih lagi Windows Phone, jika pembeli mahu aplikasi pada sebuah peranti pintar, mereka masih tetap mencari iPhone.
Lumia 1020 yang digerakkan perisian Windows, akan dijual di Amerika Syarikat menerusi AT&T mulai 26 Julai sebelum dibawa masuk ke pelbagai negara lain di dunia termasuk China.

Model Lumia terdahulu walaupun mendapat pujian peminat peranti dan penulis teknologi, tetap gagal menghentikan peralihan pengguna kepada peranti Android.

Perisian Android dan Apple iOS merangkumi 90 peratus daripada jualan telefon pintar mengikut penyelidikan IDC.


Proton Hatchback Dilancar

proton hatchback lima pintu


Proton Holdings Bhd akan melancarkan model terbarunya, iaitu kereta hatchback lima pintu dengan enjin berkuasa turbo pada Sabtu ini.

Pengenalan model itu adalah antara langkah yang diambil oleh pengeluar kereta nasional berkenaan untuk

mengukuhkan daya saing bagi berdepan persaingan sengit dalam pasaran automotif tempatan serta

meningkatkan kadar penembusan rangkaian modelnya di pasaran antarabangsa.

Pelancarannya dijadualkan disempurnakan oleh Penasihat Proton Holdings, Tun Dr Mahathir Mohamad di

Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE.


Vertu Ti Ferrrari Telefon Pintar Mewah

on Tuesday, August 6, 2013

Vertu Ti Ferrrari telefon android mewah dan terbaru

Pengeluar telefon mewah, Vertu baru saja mengeluarkan telefon Android terbaru, yakni Vertu Ti Ferrari. Vertu telah mereka bentuk telefon mewah ini secara unik dengan menggunakan model kereta Ferrari F12berlinetta.
Vertu
Dari segi spesifikasi, telefon ini sebenarnya cukup biasa saja dan tidak ubah seperti telefon pintar yang lain. Ia menawarkan skrin sentuh berukuran 3.7 inci dengan resolusi WVGA.

Selain itu terdapat prosesor dual core Snapdragon 1.7GHz dan memori dalaman sebesar 64GB. Di bahagian sistem operasi pula, ia tidak mempunyai banyak keistimewaan.

Pihak Vertu hanya menyediakan OS Android ICS 4.0. Di bahagian belakang, terdapat kamera 8MP dan ditambah dengan kamera 1.3MP di depan.

Namun keunggulan utama telefon pintar ini terletak pada rekaannya yang mewah dan dibuat dari bahan berkualiti tinggi. Telefon ini dilengkapi dengan lapisan coating Diamond Like Cabon (DLC), PVD titanium hitam, Ferrari Cavallino Rampante stainless steel, komposit Alutex serta jahitan kulit berwarna merah dan hitam.

Malah Vertu menandatangani kerjasama selama enam tahun dengan Ferrari bagi meningkat dan menjual telefon pintar mewah ini.

10 Ahli Panji Hitam Mahu Rampas Istana Ditahan

kumpulan Panji Hitam,rampas istana negara


Kuala Lumpur - Polis menahan 10 orang yang mendakwa ahli Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar

Langkasuka Nusantara, di luar pintu Istana Negara awal pagi semalam kerana dipercayai cuba melancarkan

rampasan kuasa terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan termasuk dua wanita dan berpakaian serba hitam itu tiba di Pintu 1, Istana Negara, kira-kira jam

4.10 pagi menaiki tiga kenderaan yang turut dipasang bendera dan kain rentang serba hitam tertulis Kerajaan Langkasuka Nusantara.



Artis Filipina Ada Video Seks

on Monday, August 5, 2013

video seks artis filipina
Miranda (kanan) dikatakan ada hubungan intim dengan Neri.



Manila - Skandal seks pasangan selebriti bukan perkara baru dan berlaku di mana saja. Ada kalanya skandal itu membabitkan penyiaran rakaman video menunjukkan pasangan terbabit sedang beraksi. 

Terbaru, khabar angin bertiup kencang di internet mengenai rakaman itu membabitkan penyanyi utama kumpulan Parokya Ni Edgar, Chito Miranda dan teman wanitanya yang juga aktres, Neri Naig. 
Satu video didakwa menunjukkan mereka tidak berpakaian dan sedang berasmara dimuat naik ke dalam laman web YouTube sebelum ditarik balik. 

Bagaimanapun, ada beberapa gambar disiarkan semula oleh media sosial, lapor akhbar The Inquirer. 

Minta maaf 

Miranda, 37, yang juga penulis lirik, dalam laman web Instagram - chitomirandajr - meminta maaf atas tindakan pihak tertentu membocorkan video peribadi itu. 

Kami amat kesal dengan tindakan pihak tertentu menunjukkan video peribadi saya dengan teman wanita saya, Neri Naig. 
Saya memohon maaf daripada keluarga kami atas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini, kata Miranda. 

Tidak lama selepas itu, dia mendedahkan lagi: Cakera keras kami dicuri dari rumah termasuk beberapa barangan lain. 

Bagaimanapun, dia tidak mengesahkan sama ada pasangan dalam video seks itu benar-benar dirinya dan Naig, 27. 

Beberapa tahun lalu, Indonesia turut digemparkan dengan penyiaran video seks penyanyi utama Peter Pan, Ariel dengan dua pelakon wanita terkenal negara itu, Luna Maya dan Cut Tari. 
AGENSI


Op Selamat Hari Ke 3 - 53 Kemalangan Maut DiCatat

on Sunday, August 4, 2013

op selamat di sarawak

KUCHING - Sebanyak 53 kes kemalangan maut dicatat pada hari ketiga Op Selamat siri 3/2013, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

Op Selamat bertema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi' kali ini berlangsung 15 hari bermula 1 Ogos dengan memfokus kepada keselamatan di jalan raya, rumah serta harta benda yang ditinggal pemilik ketika pulang ke kampung.

Salleh berkata bagi tempoh tiga hari pertama operasi itu dilancar, hasilnya didapati positif apabila kemalangan jalan raya dan kejadian pecah rumah dilihat menurun.

"Kita harap 'trend' ini akan berterusan, dan paling penting setiap orang mesti memainkan peranan untuk mematuhi apa juga undang-undang bila menggunakan jalan raya, dan jika pulang ke kampung meninggalkan rumah, lapor kepada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kontinjen Sarawak dan berkonvoi motosikal ke lokasi Op Selamat IPD Kuching di Jalan Matang.

Beliau juga berharap objektif Op Selamat akan tercapai dan kadar kemalangan, termasuk kemalangan maut, serta kes pecah rumah dapat dikurangkan.

Mengulas pergerakan kenderaan berat di laluan utama pada musim perayaan, Salleh berkata Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan arahan rasmi melarang kenderaan berat memasuki kawasan yang ditetapkan, dan ia dikuat kuasa pada 6,7,16 dan 17 Ogos.

Beliau memuji langkah IPK Sarawak mengadakan pra-Op Selamat 3, yang dilihat sebagai satu pendekatan dan langkah yang baik agar masyarakat bersedia lebih awal sebelum memulakan perjalanan di jalan raya serta meninggalkan rumah semasa perayaan.

Mengulas kes seorang ahli perniagaan dari Kuching yang dilaporkan maut selepas ditembak di Penampang, Sabah semalam, Salleh berkata polis di kedua-dua negeri akan bekerjasama untuk menyelesaikannya.

Semalam, mangsa ditembak di kawasan parkir di depan sebuah restoran ketika keluar dari premis berkenaan dan sedang bercakap di telefon bimbit. - Bernama


Niat Bunuh Diri Tidak Kesampaian

on Saturday, August 3, 2013

wang li cuba bunuh diri,digagalkan isterinya

Changchun (China) - Cubaan seorang lelaki membunuh diri digagalkan isterinya sendiri apabila wanita terbabit sempat menyambar seluar dalamnya sebelum terlewat.

Menurut saksi Wang Li terkapai-kapai tergantung selama 20 minit sebelum polis dan anggota bomba tiba untuk menyelamatkannya. Ling cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkap bilik tidurnya di tingkap atas bangunan enam tingkat di Changchun ibu negeri wilayah Jilin, utara China.


Keadaan menjadi sukar kerana pintu bilik tidur pasangan terbabit berkunci dari dalam dan menghalang anggota penyelamat bertindak lebih pantas.

Seorang saksi berkata mereka terdengar jeritan seorang lelaki dan terkejut apabila mendongak dan mendapati seorang lelaki tergantung dengan seluar dalamnya dipegang seorang wanita.


“Wanita terbabit kemudian merangkul kaki suaminya untuk mendapatkan cengkaman lebih kuat,” katanya. Beberapa orang cuba membantu dengan pergi ke rumah pasangan terbabit tetapi terhalang kerana pintunya berkunci.


Mereka juga gagal memecahkan pintu rumah itu. Detik dramatik itu berakhir selepas Wang, 45, ditarik ke dalam bangunan oleh pasukan penyelamat.

Sumber berkata Wang cuba membunuh diri kerana tertekan akibat menganggur. - Agensi


67 Kebakaran Dalam Masa 48 Jam Di Makkah

on Thursday, August 1, 2013

kebakaran dimasjidil haram

Riyadh - Sebanyak 67 kebakaran di beberapa kawasan di Makkah dalam tempoh 48 jam menyebabkan puluhan orang cedera.

Pengarah Pertahanan Sivil, Brigadier Jen Khalaf Al-Matrafi, berkata pasukan pertahanan sivil berjaya memadamkan semua kebakaran berkenaan.

Beliau berkata, hampir 190 kes rawatan perubatan dilaporkan termasuk membabitkan jemaah umrah.

“Ada yang cedera agak serius dan perhatian utama diberi kepada jemaah Umrah dalam Masjidilharam selain kawasan sekitar. Majoriti kes membabitkan rawatan di Pusat Pertahanan Sivil.


Mangsa dipindahkan ke hospital

“Kes yang memerlukan perhatian anggota perubatan, dipindahkan ke hospital di pusat bandar,” katanya.

Al-Matrafi berkata, jabatannya melakukan lebih 287 pemeriksaan di seluruh bandar bagi memantau dan mengesan sebarang masalah keselamatan di bangunan dan kediaman.

Pasukan pertahanan sivil juga memantau tahap pencemaran udara, pelepasan gas karbon di terowong dan tempat jemaah berhimpun.

“Ada pemilik bangunan dan kediaman yang melakukan pencabulan syarat keselamatan tetapi semua sudah diselesaikan,” katanya. - AGENSI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal