Banjir Lumpuhkan Ibukota Filipina

on Wednesday, August 21, 2013

manila banjir

Manila - Hujan lebat melumpuhkan kegiatan harian di ibu negara Filipina ini semalam, menenggelamkan beberapa kawasan hingga ke paras pinggang dan menyebabkan beberapa jalan raya tidak boleh dilalui kenderaan.

Pada masa sama, ribuan penduduk yang terkandas di di kawasan pantai dan pergunungan di utara negara itu terpaksa berlindung di khemah sementara.


Agensi bencana kebangsaan dan pegawai tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya dua orang mati dan beberapa lagi hilang.

Sekolah, bursa saham, mahkamah dan kedutaan ditutup. Biro cuaca meletakkan bandar raya Manila, kawasan yang didiami 12 juta orang pada tahap berjaga-jaga.


Banjir berlaku selepas hujan lebat yang dibawa oleh monsun sepanjang malam kelmarin.


Rakaman televisyen menunjukkan penduduk terperangkap di atas bumbung rumah ketika banjir melanda bandar Binan di sekitar Tasik Laguna berhampiran Manila.

Banjir kerap berlaku di Manila kerana kegiatan penebangan hutan di kawasan pergunungan, laluan air dan terusan yang semakin sempit kerana kawasan sekitar yang didiami sejumlah besar setinggan serta perancangan bandar yang buruk.


Di bandar Sagada di utara Manila, tentera dan polis menyelamat 29 pelancong, termasuk 13 warga Jepun yang terkandas di dalam gua selepas hujan lebat selama dua hari menyebabkan air sungai di pintu masuk melimpah tebing.

Pintu banjir beberapa empangan di Luzon terpaksa dibuka kerana paras air yang semakin meningkat sementara ribuan penduduk diarah berpindah Dalam pada itu, tanah runtuh dan banjir memaksa laluan trafik di sebuah lebuh raya utama menuju ke Manila ditutup. - AFP


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal