Enam Cedera Kena Tembakan Rambang

on Sunday, August 25, 2013

cedera tembakan rambang


Dua lelaki lepas tembakan di restoran

Nibong Tebal - Enam lelaki cedera selepas dua lelaki bermotosikal melepaskan beberapa das tembakan rambang di sebuah restoran di Taman Kasawari, Simpang Ampat, dekat sini malam kelmarin.

Lepaskan tembakan, lari
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, enam lelaki berkenaan dikatakan sedang minum di restoran terbabit apabila dua lelaki menunggang sebuah motosikal Yamaha LC menghampiri dan melepaskan tembakan ke arah mereka sebelum memecut meninggalkan lokasi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika ditemui di tempat kejadian, berkata dua daripada mangsa cedera bahagian rusuk dan punggung, manakala empat lagi luka di beberapa bahagian badan akibat terkena serpihan peluru.

Katanya, mangsa yang cedera rusuk dan punggung itu duduk di sebuah meja paling depan, manakala empat yang terkena serpihan peluru duduk di meja bersebelahan.

“Semua mangsa berusia antara 20 hingga 50 tahun dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan dan dilaporkan stabil. Setakat ini kita belum tahu motif sebenar kejadian, tetapi percaya ia mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Sangka bunyi mercun

Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, berkata dia berada di sebuah kedai berhampiran dan menyangka bunyi yang didengar itu berpunca daripada mercun sebelum terkejut apabila mendengar jeritan memaklumkan ada orang terkena tembakan.

Katanya, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat tiga lelaki terbaring di atas jalan dan cuba dibantu orang ramai yang berada di lokasi kejadian.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal