Kejar Penyamun 7 kilometer

on Friday, August 30, 2013

penyamun dikejar 7 kilometer dari jalan kenari


Serdang - Cubaan tiga lelaki yang mahu menyamun seorang wanita membawa padah selepas ditahan polis yang mengejar mereka sejauh tujuh kilometer dari Jalan Kenari dekat Puchong hingga ke The Mines, Seri Kembangan, di sini, kelmarin.

Tiga lelaki berusia 20-an itu bergiat aktif dalam kegiatan samun di sekitar Serdang ditahan kira-kira jam 11.30 malam oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV).


Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, sebelum kejadian, mangsa yang sedang berbual-bual dengan rakannya di depan sebuah rumah di Jalan Kenari secara tiba-tiba didatangi tiga lelaki bersenjata parang panjang yang menaiki kereta Toyota Vios.

Katanya, kumpulan lelaki itu yang mahu menyamun dengan mengacukan parang ke leher mangsa.


“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa menjerit minta pertolongan sebelum didengari anggota MPV yang kebetulan membuat rondaan di kawasan berdekatan.


“Melihat kehadiran anggota polis, kumpulan terbabit terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju ke arah Seri Kembangan sebelum dikejar anggota MPV berkenaan sejauh tujuh kilometer,” katanya dalam sidang media selepas menjalankan operasi Op Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal