Pesawat Kesan Sarang Nyamuk

on Sunday, August 18, 2013

condor aerial drone maverick

MIAMI - Sebuah agensi yang di Florida Keys mungkin menjadi pihak berkuasa pertama menggunakan pesawat kawalan jauh atau ‘dron’ bagi mengesan tempat pembiakan nyamuk dalam usaha menghapuskan serangga itu.

“Ini kerana pulau kecil yang ada di sini semuanya berhutan,” kata Pengarah Eksekutif Daerah Kawalan Nyamuk Florida Keys, Michael Doyle.
Penggunaan ‘dron’ bertujuan memudahkan usaha menghapuskan sarang nyamuk. Pada 26 Ogos, ketua syarikat Condor Aerial berpejabat di Carolina Utara akan menunjukkan keupayaan dron Maveric berharga AS$65,000 (RM195,000) dalam usaha itu.


Ia berharap dapat menjualnya kepada pihak berkuasa Florida Keys, antara destinasi pelancongan utama di Florida.

Kawasan penuh dengan pulau itu bermula dari selatan Miami hingga Teluk Mexico sejauh 1,494 kilometer manakala selatannya di Key West hanya 672 kilometer dari Cuba.

Ketua Pegawai Eksekutif Condor Aerial, Fred Culbertson berkata dron itu boleh terbang selama 90 minit.
Untuk mengawal nyamuk, ia akan dilengkapi kamera pengesan yang dapat menunjukkan di mana nyamuk bertelur.

Pegawai perlu menjalani kursus pengesan juruterbang dan pegawai tempatan perlu mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan bagi melakukan penerbangan dron itu.

“Pesawat itu tidak akan digunakan untuk memantau manusia,” tegas Culbertson.
Agensi berkenaan mempunyai 40 pegawai penyiasat untuk meninjau 42 pulau dalam kawasan seluas 225 kilometer persegi.

Nyamuk ‘Salt Marsh’ sering memberi masalah kerana membiak pantas hingga berjuta-juta selain boleh terbang setinggi 9.5 kilometer tetapi sasaran utama ialah Aedes aegypti yang menyebarkan denggi.

Pada 2010, penyakit itu menjangkiti 63 orang, kata Pusat bagi Kawalan Penyakit (CDC). REUTERS


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal