Budak 3 Tahun Maut Dipercayai Didera

on Sunday, November 17, 2013

Jenazah Puteri Nur Qristina tiba di Hospital Kemaman untuk bedah siasat

Ibu dukung anak lebam, cedera seluruh badan cari bantuan

Jertih - Usaha seorang ibu mendukung anaknya berusia tiga tahun yang lemah dan tenat, dipercayai akibat didera, sejauh 500 meter untuk mendapatkan bantuan gagal apabila kanak-kanak itu meninggal dunia ketika perjalanan ke hospital.

Dalam kejadian di Kampung Seberang Jertih malam kelmarin itu, Puteri Nur Qristina Balqis Abdullah yang mempunyai kesan lebam dan cedera seluruh tubuh, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Besut pada jam 8 malam menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Mangsa serta ibunya yang tidak mempunyai pekerjaan dan tinggal bersama keluarga angkatnya yang memiliki lima anak, termasuk seorang OKU” Kamaruddin Mohd Zakaria, Ketua Polis Daerah Besut

Terdahulu ibunya, Nur Farah Ain Adila Che Ariffin, 23, berjalan kaki ke pejabat JPAM berhampiran kampung itu untuk meminta bantuan bagi menghantar anaknya ke hospital.

Berikutan ada kesan lebam serta cedera, Pembantu Pegawai Perubatan Hospital Besut, Mohd Irwadie Kamaruddin membuat laporan di Balai Polis Jertih.

Pihak hospital kemudian menghantar jenazah ke Hospital Kemaman, jam 11 pagi semalam untuk dibedah siasat oleh pakar forensik yang didatangkan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Kesan lebam
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, pemeriksaan terhadap mangsa mendapati dia cedera parah dengan kesan lebam di seluruh badannya.

Beliau berkata, mangsa bersama ibunya dikatakan tinggal bersama keluarga angkat Nur Farah Ain Adila di Kampung Seberang Jertih.

“Mangsa serta ibunya yang tidak mempunyai pekerjaan dan tinggal bersama keluarga angkatnya yang memiliki lima anak, termasuk seorang OKU,” katanya.

Kamaruddin berkata, kes masih disiasat dan pihaknya sedang menunggu keputusan pakar forensik bagi mengesahkan punca kematian.

BH difahamkan, ibu mangsa yang berasal dari Johor mempunyai mempunyai seorang teman lelaki.

Sementara itu, emak angkat ibu kanak-kanak itu, Norhasima Abdullah, 44, terkejut apabila ibu mangsa tiba-tiba datang kepadanya minta ditemani ke hospital untuk menghantar Puteri Nur Qristina Balqis bagi mendapatkan rawatan.

“Saya tak tahu punca kejadian dan hanya tahu mengenai apa yang menimpa arwah selepas dimaklumkan ibunya. Saya hanya menemaninya membawa Nur Qristina ke pejabat JPAM untuk menghantar anaknya ke hospital,” katanya.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal