Cara Format Windows 7

on Tuesday, December 18, 2012





Untuk format komputer atau format Windows 7 anda perlu membayar sekurang-kurangnya RM50. Tapi bagaimana pula sekiranya anda tahu cara-cara untuk format sendiri? Anda tidak perlu lagi bersusah-payah menghantar komputer anda ke kedai komputer untuk format atau tukar Windows.Anda juga akan dapat menyimpan duit anda yang boleh digunakan untuk membeli keperluan yang lain. Oleh itu, tak rugi untuk anda sekiranya anda mengetahui cara mudah dan selamat untuk format komputer anda.

Apa yang anda diperlukan:
1) Satu pendrive atau hard disk(minimum 4GB)
2) Fail ISO untuk Windows
3) Satu klon drive untuk CD atau DVD
4)  Nombor siri original Windows (Biasanya terdapat pada bahagian bawah laptop anda)

Langkah untuk format Windows dengan menggunakan Command Prompt
1. Install perisian Clone Drive
2. Mount DVD Windows7 ke dalam Clone Drive.
3. Klik Start, dan tulis cmd. Right click pada cmd dan pilih run as administrator.


4. Anda perlu tulis
DISKPART  (Akan terpapar versi Microsofr Diskpart.) 

LIST DISK ( Akan terpapar senarai disk yang terdapat pada komputer anda.)


SELECT DISK 4 (Pilih disk bagi pendrive anda berpandukan pada saiz pendrive yang terpapar)


CLEAN (Semua data dalam pendrive akan dibuang)


CREATE PARTITION PRIMARY


SELECT PARTITION (Partition 1 akan dipilih)


ACTIVE (Partition yang dipilih akan aktif)


FORMAT FS=NTFS (Diskpart akan tukar format pendrive anda. Akan mengambil masa yang agak lama. 


ASSIGN 

EXIT (Keluar dari diskpart)


M: (M adalah sumber drive yang mengandungi Widows)
CD BOOT

BOOTSECT.EXE /NT60 K: (K adalah sumber pendrive anda)

Tampilan DVD Windows 7 yang sudah mount dalam Clone Drive

5. Setelah selesai semua langkah diatas, copy semua file yang terdapat dalam DVD yang sudah mount pada clone drivedan paste ke pendrive anda.

6. Setelah siap, Restart komputer anda. Tetapkan pilihan boot kepada pendrive. Ikuti setiap langkah untuk install Windows pada komputer anda.

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

jual hello kitty said...

makasih gan ya uda mau shareee
nice blog dan tutorial


March 27, 2013 at 6:08 PM

Post a Comment

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal