Penyokong Bolasepak Mahu Kepimpinan FAM Dirombak

on Monday, December 31, 2012


alt

KUALA LUMPUR, 30 Dis -Satu kumpulan penyokong bolasepak tempatan menyeru agar kepimpinan FAM dirombak, dengan mendakwa persatuan itu perlu dipertanggungjawabkan dengan kekalahan Harimau Malaya daripada Piala Suzuki AFF dan mendakwa ketua jurulatih, Datuk K. Rajagopal telah dijadikan kambing hitam akibat itu.

Walau bagaimanapun, kumpulan yang dikenali sebagai Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ), percaya jurulatih dan pemain tidak harus dipersalahkan 100 peratus, dan menambah kepimpinan tertinggi FAM tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki yang status M-League sepanjang ianya diadakan.

"Kekalahan baru-baru ini yang ditanggung pasukan kebangsaan tidak harus diletakkan dibahu jurulatih dan pemain. FAM juga perlu mengambil tanggungjawab atas kekalahan ini," kata ketua kumpulan ini, Alfadli Awaluddin.

"Dan perkara ini bukan hanya bertitik tolak dari kekalahan Piala Suzuki, namun melibatkan perjalanan bola sepak Malaysia untuk 10-20 tahun yang lampau."

Menurut Alfadli, bola sepak tanah air tidak menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan apabila dibandingkan dengan negara-negara pesaing sekitar Asia. Beliau juga mendakwa bahawa salah satu masalah paling asa ialah ketiadaan liga yang berkualiti tertinggi di negara ini.

"Selama 28 tahun, kita beralih dari liga amatur kepada liga semi-pro pada tahun 1989. Dan kita berpindah ke liga profesional pada tahun 1993. Namun sejak itu, kita masih terperangkap dan digredkan sebagai liga kelas D.

"Jepun telah datang untuk belajar dari kita sehingga liga mereka kini diklasifikasikan sebagai gred A-. Hasilnya, pasukan liga kita tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam Liga Juara-Juara Asia, tidak juga dalam pertandingan playoff."

FAM sebelum ini menyebut kedudukan ranking rendah Malaysia tidak perlu digusarkan selagi pasukan negara terus memperbaiki dan memenangni setiap pertandingan. Alfadli bagaimanapun mempersoalkan prinsip ini, malah menegur kurangnya permainan perlawanan persahabatan kelas 'A' untuk pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.

"Jika kedudukan (ranking) tidak penting, di manakah arah tujuan sebenar bolasepak negara? Apakah objektif asas FAM?

"Pasukan bola sepak negara-negara kecil meletakkan penuh perhatian ke arah meningkatkan ranking dunia mereka, kerana ia akan menetapkan satu matlamat bagi pasukan negara secara keseluruhannya.

"Saya juga difahamkan bahawa FIFA mengeluarkan kalendar empat tahun sekali. Ini sebenarnya memberi ruang masa yang cukup  untuk FAM mengatur perlawanan persahabatan yang berkualiti tinggi untuk pasukan kebangsaan kita. Tetapi persoalannya, mengapa mereka tidak berbuat demikian?
"Adakah kita hanya berpuas hati cukup dengan memenangi Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF?" katanya.

sumber:klpos

Gambar Awan-awan yang pelik dan kadang-kadang menakutkan

on Wednesday, December 26, 2012

Sekali pandang gambar-gambar awan di bawah nampak terlalu indah, seperti berada di alam khayalan. Namun menurut sumber asal, semua gambar-gambar tersebut adalah asli dan bukan rekayasa. Apabila diulang pandang, mungkin akan terfikir di dalam benak fikiran kita, sungguh pelik dan menakutkan. Gambar-gambar ini dipetik daripada berbagai-bagai sumber antaranya National Geographic, akhbar Guardian dan Weird Science.Ini diantara gambar awan yang pelik



awan pelik,aneh

awan pelik,aneh,menakutkan

awan aneh,pelik

awan pelik,aneh

awan menakutkan,pelik,aneh

awan aneh,pelik































Rihanna Derma RM5.3 Juta Kepada Hospital




BINTANG pop, Rihanna telah mendermakan RM5.3 juta kepada sebuah hospital di Barbados sebagai tanda mengenang neneknya yang meninggal dunia Jun lalu.
 
Penyanyi berusia 24 tahun ini berkata hadiah itu merupakan caranya "memberi semula kepada Barbados."
 
“Saya percaya ini akan memberi kesan yang besar kepada masyarakat di Barbados. Ini dilakukan untuk menyelamatkan atau setidak-tidaknya untuk memanjangkan nyawa mereka,” katanya.
 
Jumlah itu boleh menampung perbelanjaan tiga peralatan perubatan.
 
Neneknya, Clara ‘Dolly’ Braithwaite meninggal  dunia, Jun lalu selepas bertarung dengan penyakit kanser.
 
Unit Radioterapi hospital itu telah dinamakan semula sebagai 'Clara Braithwaite Center for Oncology and Nuclear Medicine'.
 
Rihana atau nama sebenar Robyn Fenty membuat pengumuman dalam lawatannya di hospital itu yang ditemani ibunya, Monica dan datuknya, Lionel Braithwaite.
 
Dia sangat rapat dengan neneknya, malah sempat mengambil cuti secara tergesa-gesa daripada siri jelajah Eropah, Jun lalu untuk menemani neneknya di hospital.
 
Apabila neneknya meninggal pada 30 Jun, penyanyi ini memuat naik beberapa keping gambar bersama neneknya itu dengan menulis "hati saya tersenyum dan menangis sekali."


sumber:klpos

Ratu Squash Negara , Nicol Ann David Catat Rekod

on Sunday, December 23, 2012

ratu squash negara,nicol david




Ratu squash negara Datuk Nicol Ann David telah berjaya menjadi juara dunia kali ke 7 dan beliau telah mencatat rekod dunia dalam acara itu di kepulauan Cayman...Tahniah

Dalam perlawanan itu Nicol David telah bertemu dengan Laura Massaro iaitu pemain no. 3 dunia dengan keputusan 11-6, 11-8, 11-6 dalam permainan yang sengit.Enam gelaran yang dimenangi ratu squash negara itu bermula di Hong Kong pada 2005, diikuti Ireland Utara 2006, England 2008, Mesir 2010, dan dua kali di Belanda 2009 dan 2010.

Nicol David dilahirkan pada 26 ogos 1983 di Pulau Pinang, mula bermain squash seawal usia 5 tahun lagi.Mula berlatih secara formal pada usia 8 tahun dan menjadi pemain profesional pada 2000.Ratu squash negara ini juga mengemari aktiviti lasak rock climbing...




Tempat PING blog anda





                                                               Tempat PING blog anda


Selalunya selepas kita update blog mesti kita nak promotekan entry terbaru tu kan??Salah satu caranya ialah dengan PING blog kita tu ...Kira macam kita daftar blog kita ke server yang terdaftar diplatform PING tu...Ok ..ni antara tempat PING blog yang aku selalu guna...


                                        http://blogsearch.google.com/ping

                                        http://googleping.com/

                                        http://pingomatic.com/

                                        http://www.totalping.com/

                                        http://feedburner.google.com/fb/a/ping


                                      http://www.bing.com/webmaster/SubmitSitePage.aspx


Tapi.....jangan lepas korang update blog korang pergi PING semua tempat PING kat atas tu..sebab nanti korang boleh dianggap menyeSPAM...hati-hati ya...




              

Macam Mana Semak Saman Trafik

on Saturday, December 22, 2012

saman trafik,cara semak saman

     
               Disini kita boleh lihat info Macam mana Cara Semak Saman Trafik.
Kepada pemilik kenderaan yang mempunyai saman trafik kebiasaannya menunggu saat akhir pengumuman potongan harga saman untuk mereka menjelaskan.Ini telah menjadi kebiasaan,siapa yang nak bayar mahal ada promosi baru bayar.

Semak Saman Trafik Melalui Sms

1. Dengan menggunakan nombor kad pengenalan Taip POLIS SAMAN [jarak](no.kad pengenalan anda) hantar ke 15888

  • cth: POLIS SAMAN 800990-01-5702 hantar ke 15888

2. Dengan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan Taip POLIS SAMAN (no.pendaftaran kenderaan anda) hantar ke 15888

  • cth: POLIS SAMAN BFE 2222 hantar ke 15888

3. Ingin maklumat di hantar pada email anda Taip POLIS SAMAN (no.pendaftaran kenderaan anda) [jarak] (email) hantar ke 15888

  • cth: POLIS SAMAN BFE 2222 jalanraya@yahoo.com hantar ke 15888

*Setiap saman akan di kenakan caj Rm 0.20 sen.

Cara nak buat Windows 7 System Recovery

on Wednesday, December 19, 2012

Cara nak buat Windows 7 System Recovery
Komputer anda bermasalah? Apabila komputer kita menghadapi masalah, misalnya kena virus/malware, banyak problem selepas masa install atau uninstall software, configuration Windows yang tak best, touble tak boleh masuk windows - dapat masuk safe mode jer... apa yang kita boleh buat untuk membetulkan masalah-masalah tersebut ialah dengan menggunakan System Restore.

System Restore ni sangat popular semasa Windows XP dan kebanyakan problem boleh disettle dengan menggunakan System Restore. Tapi itu hanya untuk Windows XPlah. Windows 7, lain pula kisahnya. Walaupun ada beberapa problem boleh dipulihkan dengan menggunakan System Restore di Windows 7, tapi janganlah berharap sangat. Kebolehan System Restore dalam Windows 7 ni aku rasa sangat unreliable, kebanyakan problem tak boleh settle dengan menggunakan System Restore di Windows 7.

Walaupun begitu, kalau komputer kita manghadapi masalah, cubalah dulu gunakan System Restore. Aku akan cover cara menggunakan System Restore di artikel yang lain. Di artikel ni, aku nak tunjuk langkah-langkah atau cara-cara bagaimana nak buat System Recovery.


System Recovery ni adalah advance dari System Restore. Kalau System Restore failed, langkah terakhir ialah menggunakan System Recovery. Kalau System Restore hanya menggantikan fail-fail critical dalam system windows, System Recovery ni pula akan menggantikan seluruh  Windows dari Windows System Backup (seluruh partition). Sistem Windows yang lama akan dipadamkan diganti dengan sistem Windows dari backup. Jadi, System Recovery ni sesuai hanya sebagai langkah terakhir.

Cara Menggunakan Windows System Recovery
Untuk menggunakan System Recovery, kenalah ada sistem yang kita telah buatkan backup semasa komputer kita masih elok dulu.

1. Buka Control Panel dan klik ikon Recovery

windows 7 recovery,system recovery
2. Klik pada Advance recovery methods
system recovery,windows 7
3. Pilih Advance method iaitu "Use a system image you created earlier..."
system recovery,windows system recovery
4. Skip buat backup
Fungsi backup di sini ialah untuk buat fail-fail kita seperti dokumen, gambar, mp3 dan lain-lain yang terdapat dalam drive C: (biasanya seperti dari dalam my documents, my pictures, my music etc). Tapi aku skip kisah ni, pasal aku akan cover di lain posting. Aku anggap semua fail-fail penting kita dah copy ke externak hard disk kononnya.
windows 7,system recovery
5. Tekan restart
Ada sedikit warning pasal tak buat backup.
Lepas tu komputer akan restart.
windows 7 system recovery
system recovery,windows 7
6. Pilih keyboard.
Bila masuk System Recovery  Options, perkara mula-mula sekali memang kena pilih keyboard. Tekan next shj.
windows system recovery
7. Pilih System image backup.
Kalau kita ada system image yang lain, gunakan pilihan yang kedua. Windows akan recommend system image yang paling baru dia detect.
Tekan butang Next dan Next lagi di window sterusnya.
backup windows recovery
Cara nak buat Windows 7 System Recovery

8. Tekan Finish untuk memulakan proses Windows System Recovery.
windows 7,system recovery
Akan keluar warning: Semua fail dalam partition yang kita nak restore tu akan hilang dan akan digantikan dari fail backup.

Cara nak buat Windows 7 System Recovery

Windows System Recovery bermula. Masa yang di ambil adalah bergantung kepada saiz image backup. Selepas siap proses ini, Windows akan start seperti sediakala mengikut keadaan komputer semasa image backup itu dibuat dahulu.
system recovery

Cara memasang iklan nuffnang di blog

iklan nuffnang,tips nuffnang
                                                   cara memasang iklan nuffnang di blog

Kalau korang berminat nak letak iklan nuffnang di blogspot.Kat sini disediakan secara ringkas cara memasang iklan nuffnang di blog.Ikut jer cara di bawah nie. Senang jer nie…

1. Register kat SINI

2. Pergi ke Dashboard –> Blog manager –> Add a blog –> jawab semua soalan survey tu.


3. Pergi ke Add Ads . Tengok ada 3 jenis kod disitu untuk tempat letak iklan nuffnang kat web kita.
a) Leaderboard —> tempat letak iklan nuffnang kat bahagian Header
b) Sidebar(skyscraper) —> untuk letak iklan di kiri atau di kanan blog
c) Large rectangle —> untuk letak diantara entry blog
4. Copy mana-mana kod yang dikehendaki.contohnya Leaderboard
5. Pergi ke Dashboard blog > Layout > Edit Html > Tick Expand Widget Templates(pastikan di tick dahulu sebelum melakukan prosespaste).Tekan control F pada keyboard dan taip body
Letak code nuffnang tersebut di bawah code body



6. Kalau nak letak di sidebar, pilih Design >Page ElementAdd a gadget > HTML/JavaScript. Paste code sidebar yang di copy dari Nuffnang.







7. Kalau nak tulis title pun boleh, kalau tak nak tulis biarkan jer..






8. Kalau nak letak antara content pilih kod untuk large rectangle , copy kan kod nya dan tekan control F
taip kod “post-footer-line-2″dan tekan enter kemudian taip/b:includable . Letakkan kod nuffnang diatas kod /b:includable




Selesai
 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal