Kapal Persiaran Terbakar

on Thursday, May 30, 2013

kapal royal carribean terbakar


BALTIMORE – Satu kebakaran di bahagian belakang kapal persiaran milik Royal Caribbean kelmarin menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa pelayaran tersebut dibatalkan, kata pemilik kapal berkenaan.

Royal Caribbean memberitahu, lebih 2,200 penumpang kapal Grandeur of the Seas itu akan pulang ke Amerika Syarikat dari Kepulauan Bahamas dengan menaiki pesawat.

Pada bulan lalu kapal persiaran Triumph milik firma antarabangsa, Carnival Corp tersadai di tengah lautan dalam satu kebakaran pada Februari lalu.

Kebakaran itu turut menyebabkan beribu-ribu penumpang tersadai di Teluk Mexico selama beberapa hari sebelum kapal berkenaan ditunda ke pantai.

Dalam pada itu, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden kelmarin manakala punca kejadian masih tidak dapat dipastikan.

Walaupun terbakar, kapal Grandeur of the Seas masih berupaya berlayar ke pelabuhan di bandar Freeport tengah hari kelmarin.

Seorang wanita, Andrea Sanders berkata, dia tidur di atas dek bersama beratus-ratus penumpang lain ketika asap tebal keluar dari buritan kapal tersebut

“Saya berasa amat takut kerana ia merupakan pelayaran pertama saya,” kata Sanders dalam satu temu bual bersama akhbar Freeport News.

Menurut seorang penumpang, Dan McTigue berkata, dia menyaksikan kebakaran itu dan mendengar letupan kuat.

“Saya mula menangis. Saya berfikir mungkin kami akan mati,” kata cucu perempuannya, Sophie.

Beberapa gambar menunjukkan sebahagian besar buritan dengan beberapa buah dek terbakar dalam nahas tersebut.

Royal Caribbean menyatakan, semua penumpang dan 796 kru selamat dalam kemalangan tersebut.

Menurut Royal Caribbean di laman webnya, penerbangan pulang untuk para penumpang kapal itu telah diaturkan semalam.

Lembaga Pengangkutan Kebangsaan AS menyatakan ia akan menyertai Pasukan Pengawal Pantai untuk menyiasat kejadian tersebut. – Agensi

Tragedi Pulang Rai Hari Gawai

tragedi hari gawai


Pemandu bot ekspres ditahan bawa penumpang lebih 3 kali had muatan

Belaga: Kepulangan untuk menyambut perayaan Hari Gawai berakhir tragedi apabila sebuah bot ekspres yang membawa penumpang hampir tiga kali ganda melebihi muatan dibenarkan, karam, menyebabkan 23 penumpang dikhuatiri lemas, manakala 181 lagi terselamat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam di Tanjong Giam Bungan, kira-kira sejam perjalanan dari pekan ini. Ketika kejadian bot malang itu dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit.
181 dilapor selamat

Sehingga jam 7 malam tadi, 23 penumpang masih dilaporkan hilang, manakala 181 dilaporkan terselamat, apabila mereka berenang ke rumah panjang berhampiran, selain ada yang diselamatkan penduduk berhampiran.

Bot Kawan Mas itu boleh memuatkan 74 penumpang, tetapi sarat dengan 204 penumpang ketika kejadian, sehingga ramai yang terpaksa duduk di bumbung bot berkenaan.

Ketua Polis Daerah Belaga, Superintendan Bakar Sebau, berkata siasatan awal mendapati bot ekspres yang terlebih muatan itu terbalik setelah terlanggar batu di satu selekoh berhampiran Tanjong Giam menghala ke Sungai Rejang.

Katanya, bot berkenaan membawa pekerja kontrak dari Bakun, Murum dan Sungai Asap pulang ke Belaga dan Kapit untuk menyambut Hari Gawai.
“Bot yang sarat dengan penumpang itu singgah menurunkan penumpang di Jeti Belaga dan meneruskan perjalanan ke Kapit. Kira-kira sejam perjalanan, bot terbabit terlanggar batu sebaik tiba di selekoh sebelum karam,” katanya ketika dihubungi.

Muatan berlebihan

Bakar berkata, kapasiti bot cuma untuk 74 penumpang tetapi muatan berlebihan menyebabkannya tidak stabil dan mudah terbalik.

“Penumpang yang duduk di luar bot sempat menyelamatkan diri dengan dibantu penduduk dua rumah panjang berhampiran, manakala penumpang yang dikhuatiri lemas adalah mereka yang duduk di dalam bot.

“Sukar untuk mengetahui jumlah sebenar penumpang tetapi selepas soal siasat dijalankan dengan anggota keluarga, polis percaya 23 penumpang saja yang masih hilang,” katanya.

Pemandu bot ditahan

Bakar berkata, pemandu bot berusia awal 50-an ditahan bagi membantu siasatan dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Katanya, penumpang terselamat masih ditempatkan di Rumah Panjang Uma Tevok dan Uma Tanjong, sementara menunggu bantuan susulan.

“Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan bantuan bomba, polis dan Lembaga Sungai Sarawak (LSS).

“Pasukan penyelam polis dari Bintulu dan pasukan paramedik dari Kapit dalam perjalanan ke lokasi kejadian, dijangka tiba kira-kira jam 8 malam ini (malam tadi),” katanya.

Difahamkan perjalanan menaiki bot di kawasan berkenaan yang banyak bergantung kepada paras air sungai, selain jumlah bot ekspres yang terhad di laluan terbabit dan jumlah penumpang terlalu ramai untuk balik menyambut Gawai, dipercayai antara sebab bot malang itu terpaksa membawa penumpang jauh melebihi muatan dibenarkan.

Tabung khas bantu mangsa

Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (MPB) semalam melancarkan tabung khas untuk membantu mangsa dan keluarga mereka yang terbabit dengan nahas bot ekspres karam di Sungai Rajang, Belaga, Sarawak.

Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial MPB, Datuk Ahmad A Talib, menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan kepada mangsa terbabit bagi meringankan beban mereka.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima di akaun Maybank 514105320757.

IdeaCentre Horizon Table PC

on Monday, May 27, 2013

Pc saiz meja kopi


Cukup besar untuk memuatkan empat orang dan skrin bertindak balas dengan 10 jari menyentuh pada masa yang sama

Lenovo memperkenalkan komputer peribadi (PC) bersaiz meja kopi yang berfungsi seperti tablet gergasi dan membolehkan empat orang menggunakannya serentak.
IdeaCentre Horizon Table PC boleh dikatakan sebagai komputer interpersonal pertama. Sekali pandang, ia kelihatan seperti mesin semua-dalam-satu biasa seperti iMac, iaitu dengan skrin 27 inci bersama Windows 8 dan ia boleh diletakkan secara menegak di atas meja.


Selain itu anda boleh meletakkannya di lantai untuk bermain permainan Monopoly. Ia cukup besar untuk memuatkan empat orang di sekitarnya, dan skrin boleh bertindak balas dengan 10 jari menyentuh pada masa yang sama.

Skrinnya bersamaan dengan saiz lapan iPads yang disambungkan dan seberat 6.8 kilogram. Ia seolah-olah sama seperti TV berskrin rata.

Pada demonstrasi di CES baru-baru ini, gambar dan video boleh diputarkan dengan jari. Penyebaran lima jari serentak pada skrin membersihkan paparan berselerak manakala dengan menguncupkan kelima-lima jari akan mengembalikan paparan gambar dan video semula.
Lenovo berkata PC Meja itu akan dijual bermula musim panas ini pada harga RM 5 ribu lebih atau kira-kira AS$1,699.


Dua Sahabat Mati Bersama

2 sahabat mati kemalangan



Empat terbunuh dalam kemalangan di Jitra, Ipoh

Jitra - Empat maut, termasuk dua remaja yang juga sahabat baik dalam kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di dua kejadian berasingan, masing-masing di sini kelmarin dan Ipoh, Perak, pagi semalam.

Dalam kejadian di sini jam 6.20 petang, motosikal yang dinaiki remaja terbabit, Muhammad Al-Hafiz Kamaludin, 16 dan Hazirun Mahalil, 15, terbabas sebelum bertembung dengan sebuah motosikal lain berhampiran Kampung Padang Panjang ketika pulang berkelah di kawasan rekreasi Bukit Wang, dekat sini.
Difahamkan, Muhammad Al-Hafiz di Tingkatan Empat Sekolah Menengah (SM) Darul Aman, manakala sahabat karibnya, Hazirun pula bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas masing-masing tercampak dan mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala.

Mangsa cedera dihantar ke HJ

Sementara itu, penunggang sebuah lagi motosikal iaitu Wan Mohammad Kazim Sheikh Osman, 54, patah tangan dan bahu, manakala isterinya, Zaharah Salleh, 49, yang membonceng cedera pada kaki dan muka. Kedua-dua mereka kemudian dihantar ke Hospital Jitra (HJ) dekat sini untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamad Yusof, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggangi dua remaja itu dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal ditunggangi pasangan suami isteri itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi talian 04-9172222 untuk membantu siasatan,” katanya.
Di Ipoh, dua lelaki maut, masing-masing seorang pengedar akhbar dan ahli perniagaan, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Lahat di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, A S Rajentren, 52, yang menunggang motosikal dan Foong Soon Hong, 34, yang memandu Perodua Myvi, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala penumpang kereta yang cedera dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.


Peraih Ikan Balik Solat Mati Ditembak

on Saturday, May 25, 2013

mati ditembak di pasir putih


Pasir Puteh: Seorang peraih ikan yang baru keluar dari Masjid Nurul Anuar, di Kampung Pachakan di sini, selepas solat Isyak, maut ditembak lelaki bermotosikal dalam kejadian malam kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, berkata Zahari A Razak, 57, dari Kampung Pachakan, meninggal dunia di tempat kejadian dan pemeriksaan awal forensik menemui satu kesan tembakan di belakang badan sebelah kiri mangsa.
Beliau berkata, suspek dipercayai melepaskan lima das tembakan namun hanya satu mengenai mangsa yang ketika itu memandu kereta berseorangan.

Mangsa keluar minum

“Selepas solat Maghrib, mangsa bersama tiga jemaah keluar minum di kedai berhampiran sebelum masuk semula ke masjid untuk solat Isyak.

“Pada jam 8.50 malam selepas solat, mangsa dilihat memandu kereta keluar dari kawasan masjid dipercayai untuk pulang dan sebaik melepasi pintu gerbang masjid beliau ditembak seorang lelaki bermotosikal yang dipercayai sedia menunggu di pintu pagar.

“Ada tiga kesan tembakan ditemui pada cermin pintu bahagian penumpang depan, satu ditemui pada tepi pintu yang sama dan satu lagi di bahagian bawah pintu,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Isteri mangsa, Asiah Taib, 55, ketika ditemui berkata, walaupun suaminya kurang sihat akibat penyakit kencing manis, beliau tetap menggagahkan diri untuk bersolat jemaah di masjid berkenaan.

“Arwah pergi masjid kira-kira jam 7 malam dan memandangkan dia berpuasa, saya bekalkan sedikit kuih dan air masak untuknya berbuka di masjid.

“Malah, beliau sempat memaklumkan kepada saya akan pulang awal sebaik solat Isyak kerana mahu makan dan tidur awal untuk menunaikan solat sunat pada awal pagi,” katanya yang bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenainya.

Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid, Rajab Yusoff, berkata dia terkejut apabila terdengar bunyi tembakan tidak jauh dari kawasan masjid sebelum ternampak kereta dipandu arwah terbabas.

Sempat ajar mengucap

“Saya dan seorang rakan terus bergegas mendapatkan mangsa dan mendapati beliau sudah terkulai di tempat duduk pemandu dalam keadaan berlumuran darah. Namun kami sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.


Lelaki Samun Polis Maut Kena Tembak

menyamun polis ditembak mati


Koperal lepas tembakan halang penjenayah cuba serang

Petaling Jaya: Seorang lelaki yang tersilap menyamun seorang anggota polis, menerima padah apabila dia ditembak mati dalam satu kejadian di sebuah bank di SS21/35, Damansara Utama, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, anggota polis berpakaian preman dan berpangkat koperal berusia 33 tahun itu dikatakan didatangi penjenayah terbabit ketika sedang memasukkan sejumlah wang dalam mesin deposit wang tunai (CDM).
Ketika tangkapan cuba dilakukan, suspek menyerang mangsa dengan pisau menyebabkan anggota polis berkenaan terpaksa melepaskan beberapa tembakan bagi mempertahankan dirinya” Arjunaidi Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya

Suspek yang berusia 43 tahun itu dikatakan mengugut anggota polis berkenaan dengan sebilah pisau memotong daging lalu meminta mangsa menyerahkan wang dan kunci kereta selain diarahkan berbaring di lantai.

Serah wang, kunci kereta

Kerana bimbang dicederakan, mangsa yang bertugas di Balai Polis Kampung Baru Subang, dekat sini menyerahkan wang tunai dan kunci kereta PERODUA Myvi miliknya kepada suspek.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata suspek kemudian keluar untuk melarikan kereta sambil dikejar mangsa dan memperkenalkan dirinya seorang anggota polis dan meminta lelaki terbabit menyerah diri.
Katanya, ketika tangkapan cuba dilakukan, suspek menyerang mangsa dengan pisau menyebabkan anggota polis berkenaan terpaksa melepaskan beberapa tembakan bagi mempertahankan dirinya.

“Akibat kejadian itu, suspek terkena tembakan di bahu, dada, rusuk dan pipi kanan sebelum disahkan maut di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Hasil siasatan polis mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk kes pecah rumah, dadah dan curi kereta dalam tempoh dua tahun lalu.

Tiada kumpulan

“Polis percaya, suspek terbabit tidak mempunyai kumpulan khusus, sebaliknya bergiat secara individu. Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya

Lima Maut Terjatuh Ke Dalam Lubang Besar

on Wednesday, May 22, 2013

maut dalam lubang besar


BEIJING - Lima orang maut apabila terjatuh ke dalam lubang sedalam 10 meter yang terbentuk secara tiba-tiba di pintu pagar sebuah kawasan perindustrian di Shenzhen, menurut pihak berkuasa tempatan semalam.

Menurut pihak pentadbiran daerah Shezhen Longgang di laman web Sina Weibo, pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

Laman web akhbar Guangming Daily melaporkan, lubang itu muncul di luar kawasan perindustrian Huamao di Shenzhen pada Isnin lalu. .

Akhbar arus perdana Shanghai Daily memberitahu, seorang lelaki berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun, jumlah sebenar pekerja yang telah terjatuh ke dalam lubang itu masih belum diketahui.

Kerja-kerja mencari yang dilakukan beberapa anggota penyelamat masih dilakukan sehingga semalam.

Lubang yang terbentuk dengan tiba-tiba kerap berlaku di China disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan yang banyak dilakukan di negara ini. - AFP


91 Maut Puting Beliung Gergasi Landa Oklahoma

Puting beliung di oklahoma


MOORE - Anggota-anggota pasukan penyelamat berusaha mencari sejumlah mangsa yang tertimbus di celah runtuhan rumah, sekolah rendah dan sebuah hospital di pinggir bandar Oklahoma selepas kejadian angin puting beliung yang berlaku kelmarin.

Dalam kejadian bencana alam itu, 91 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera.

Saiz puting beliung itu berukuran tiga kilometer lebar dan ia melalui kawasan bandar Moore di bandar Oklahoma sekali gus menyebabkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut mengisytihar kawasan di sekitar Oklahoma sebagai kawasan bencana besar.

Menurut White House, Obama telah dimaklumkan secara ringkas mengenai bencana alam itu.

Seramai 20 daripada 91 orang yang terbunuh itu merupakan kanak-kanak.

Pusat Perkhidmatan dan Ramalan Kaji Cuaca Kebangsaan AS menyatakan, puting beliung itu dikategorikan sebagai yang kedua paling bahaya dengan kelajuan angin 320 kilometer sejam.

Ia mengeluarkan amaran 16 minit sebelum puting beliung itu melanda Moore.

Beberapa saksi menyatakan, puting beliung itu kelihatan lebih bahaya daripada puting beliung gergasi yang melanda di kawasan yang sama pada 3 Mei 1999 menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dengan mengakibatkan ribuan rumah musnah.

Bencana yang berlaku di Oklahoma pada tahun itu dianggap yang ketiga terbesar dalam sejarah AS sehingga mengakibatkan kerugian lebih AS$1 bilion (RM3.01 bilion).

Seorang saksi, Jeff Alger, 34, berkata, dia dan isterinya termasuk beberapa anak mereka melarikan diri dari Moore selepas mengetahui puting beliung itu akan melanda.

Menurutnya, dia melihat puting beliung itu mengganas beberapa kilometer dari sini.

"Mereka (mangsa-mangsa) tidak sempat untuk memakai kasut," katanya yang mempunyai lima orang anak.

Dia dan isterinya dirawat di hospital kerana terkena serpihan kaca.

Seorang lagi mangsa, Ninia Lay, 48, berkata, dia bersembunyi di dalam sebuah ruang ketika puting beliung melanda.

"Saya bersembunyi di dalam ruang itu dan mendengar seperti sebuah kereta api sedang bergerak," katanya.

Rumah Lay ranap dimusnahkan puting beliung itu manakala dia tertimbus dengan serpihan rumahnya selama dua jam sebelum diselamatkan oleh suaminya dan beberapa anggota penyelamat. - Reuters


David Karp Bakal Menjadi Bilionair

on Tuesday, May 21, 2013

david karp tumblr

NEW YORK - Seorang pemuda berusia 26 tahun, David Karp bakal menjadi bilionair apabila syarikat Yahoo! bersetuju untuk membeli laman rangkaian sosial ciptaannya, Tumblr pada harga AS$1.1 bilion (RM3.31 bilion).

Karp yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tumblr dijangka mengekalkan sebahagian besar kawalannya ke atas syarikatnya itu selepas penjualan tersebut berlaku.

Pemuda yang berasal dari New York itu sebelum ini merupakan pelajar sekolah tinggi yang tercicir.

Karp mula mempelajari kod komputer semasa dia berumur 11 tahun.

Dia mencipta laman tersebut di sebuah unit apartmen kecil milik ibunya pada tahun 2007.

Sebelum ini, laman tersebut dianggarkan bernilai AS$800 juta (RM2.4 bilion).

Karp tinggal di sebuah apartmen yang sederhana bersama kekasihnya, Rachel Eakley yang merupakan seorang lulusan universiti dan chef.

Dia kemudian berpindah ke sebuah apartmen mewah bernilai AS$1.6 juta (RM4.82 juta) di Williamsburg, Brooklyn.

Syarikat Yahoo! turut mendedahkan tentang urus niaga itu menerusi ketuanya, Marrisa Mayer semalam.

Pada minggu lalu, kedua-dua buah syarikat itu mengesahkan spekulasi berhubung wujudnya perikatan melibatkan kedua-dua syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, Tumblr dibenarkan untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat yang bebas selepas penjualan tersebut.

"Tumblr merupakan rangkaian media yang berkembang dengan pesat di dunia.

"Ia memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pengguna Yahoo!," kata Mayer. - Agensi


Perang Masjid Gegar Iraq

perang masjid iraq


Serangan maut ke atas puak Sunnah, Syiah meningkat

Baghdad: Serangan maut militan ke atas masjid golongan Sunnah dan Syiah menggunakan senjata daripada bom hingga peluru mortar semakin meningkat di Iraq.
Berpuluh-puluh serangan tahun ini menimbulkan ketegangan mazhab yang memang sudah keruh antara minoriti Sunnah dan majoriti Syiah, dan menyebabkan jemaah tidak mengunjungi masjid lagi.
Saya tidak lagi pergi solat selepas penutupan masjid berhampiran rumah kerana serangan. Semua itu berlaku di depan mata saya. Bagaimana saya hendak pergi ke masjid lagi? Malah, isteri dan anak saya melarang saya ke masjid” Ihsan Ahmed, Penduduk

“Ada peningkatan dalam kekerapan serangan menyasarkan masjid Sunnah dan Syiah. Ia menjadi perang masjid,” kata penganalisis politik, Ihsan alShammari.

Rakyat Iraq hidup berdepan dengan keganasan hampir setiap hari sejak pencerobohan diketuai Amerika Syarikat pada 2003 yang menumbangkan bekas Presiden Saddam Hussein.

Militan masih serang pasukan keselamatan

Militan masih menyerang pasukan keselamatan dan penduduk awam hampir setiap hari dan kini mereka turut melancarkan serangan ke atas masjid.
Dalam salah satu serangan paling berdarah, dua bom meletup berhampiran masjid Sunnah Saria di Baquba, utara Baghdad, selepas solat Jumaat lalu.

Sebutir bom meletup ketika jemaah meninggalkan masjid dan yang kedua meletup selepas orang ramai berkumpul di tempat letupan pertama, membunuh 41 orang.

Serangan berlaku selepas pengebom bunuh diri meletupkan bahan letupan yang dipasang pada tali pinggang Khamis lalu di pintu masuk ke al Zahraa husseiniyah, lokasi anggota keluarga menerima ucapan takziah bagi mangsa keganasan sehari sebelum itu.

Pengeboman itu meragut 12 nyawa dan berlaku banyak lagi serangan seumpama itu.

Timbalan Ketua Wakaf Syiah yang menguruskan kawasan keagamaan golongan itu di Iraq, Sheikh Sami al Massudi, berkata lebih 45 masjid dan husseiniyah (rumah ibadat Syiah) milik wakaf menjadi sasaran tahun ini.

Pegawai wakaf Sunnah pula berkata, lebih 10 masjid diserang bulan lalu saja.

“Kami diancam sehingga kami tidak pergi kerja Isnin lalu selepas menerima ancaman,” kata pegawai. Tidak dapat dipastikan kumpulan mana mendalangi keganasan itu.

“Saya tidak lagi pergi solat selepas penutupan masjid berhampiran rumah kerana serangan,” kata pemuda Sunnah, Ihsan Ahmed, 25.

Bom membunuh bilal yang melaungkan azan di masjid berkenaan dua minggu lalu, kata Ahmed.

“Semua itu berlaku di depan mata saya. Bagaimana saya hendak pergi ke masjid lagi? Malah isteri dan anak saya melarang saya ke masjid,” katanya.

Anggota golongan Syiah, Ali, 29, berkata sebahagian penduduk takut untuk pergi ke husseiniyah untuk bersolat.

Penduduk enggan ke Husseiniyah

“Penduduk enggan ke Husseiniyah, tetapi ia tidak menghalang saya ke sana,” katanya.

Ahad lalu, Perdana Menteri Nuri al Maliki menggesa perpaduan golongan Syiah dan Sunnah bersolat pada hari Jumaat di masjid utama di Baghdad.

“Mereka yang menyasarkan masjid adalah musuh Sunnah dan Syiah, dan merancang menyalakan permusuhan mazhab,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketegangan semakin buruk antara kerajaan al Maliki, seorang penganut fahaman Syiah dan Sunnah yang menuduh pihak berkuasa meminggirkan dan menyasarkan komuniti mereka menerusi penahanan salah dan tuduhan terbabit dalam keganasan. - AGENSI

Serangan Bunuh Diri , 14 Terkorban

14 terkorban di kabul


Kabul - Pengebom bunuh diri menyerang ibu pejabat majlis perbandaran di utara Afghanistan, meragut nyawa ketua majlis dan sekurang-kurangnya 13 lagi, kata pihak berkuasa. Taliban segera mendakwa bertanggungjawab.

“Pemimpin majlis perbandaran Baghlan, Mohammad Rasoul Mohseni, memasuki perkarangan bangunan itu pada waktu pagi apabila pengebom tiba-tiba berlari ke arahnya dan meletupkan bom,” kata jurucakap polis di Baghlan, Jawed Bashrat.
Ketua polis wilayah, Asadullah Sherzad, berkata 14 terbunuh termasuk Mohseni, dan 11 lagi cedera.

Ahli Parlimen dari Baghlan, Mohammad Zahier Ghanizada, mengesahkan kematian ketua majlis itu dan menambah Mohseni sebelum ini menerima beberapa ancaman maut.

7 orang awam terbunuh

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah pengawal peribadi polis dan tujuh penduduk awam.

Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid, mendakwa dalam pesanan ringkas kepada wartawan pergerakan itu melancarkan serangan berkenaan.
“Hari ini jam 11.00 pagi di depan pejabat majlis perbandaran Baghlan, kami melancarkan serangan bunuh diri dan membunuh ketua majlis,” katanya.

Berusaha melemahkan kerajaan Afghanistan, Taliban melancarkan serangan dan pembunuhan bertujuan mengugut pegawai dan penduduk awam menjelang pengunduran kebanyakan tentera antarabangsa tahun depan.

Presiden Hamid Karzai mengutuk serangan semalam.

“Serangan seumpama itu menentang semua hak kemanusiaan dan prinsip Islam. Penjenayah serangan seumpama itu ialah musuh Afghanistan dan boneka kuasa asing,” katanya. - AP


Geng Susu Kangkang Di Buru

on Sunday, May 19, 2013

geng susu kangkang di cctv


KUALA LUMPUR  - Polis sedang memburu empat penjenayah yang dipercayai saki-baki ahli Geng Susu Kangkang yang aktif mencuri susu formula bayi di pasar raya besar di sekitar daerah Kajang baru-baru ini.

Difahamkan, penjenayah terbabit diketuai seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang meneruskan kegiatan itu setelah beberapa rakan mereka ditahan polis dalam satu operasi besar-besaran sekitar Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, setakat ini polis mengesyaki kumpulan penjenayah itu seramai empat orang termasuk tiga wanita berusia 30 hingga 40 tahun.

“Modus operandi kumpulan ini sama seperti penjenayah yang ditahan tahun lalu iaitu menyorokkan susu di celah kangkang. Wanita itu akan berpakaian baju besar sama ada baju kurung atau jubah longgar untuk memudahkan kerja menyeludup keluar susu.

“Mereka juga akan melakukan kerja itu secara berkumpulan dengan suspek lelaki bertindak sebagai pemerhati untuk mengelak jenayah itu dikesan petugas pasar raya atau orang awam," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Geng Susu Kangkang dikesan kembali aktif di sekitar Kajang apabila seorang pengawal keselamatan membuat laporan polis susulan kes curi barangan itu di sebuah pasar raya besar di Kajang.

Pada Ogos lalu, polis memberkas lapan ahli kumpulan itu yang dipercayai mencuri 160 kotak susu tepung berjenama dianggarkan berjumlah RM12,800 di sekitar Kajang.

Siasatan polis kemudian percaya suspek mempunyai kaitan dengan lima individu yang ditahan selepas mencuri susu tepung pelbagai jenama dari dua kedai runcit di Perlis, beberapa bulan sebelum itu.

Mengulas lanjut, Ab. Rashid memberitahu, setakat ini, polis telah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pasar raya berkenaan dan sedang menjejaki suspek.

“Kita telah mendapat rakaman dan kerjasama pasar raya berkenaan dan setakat ini polis sedang membuat proses pengecaman wajah-wajah suspek berdasarkan CCTV itu," katanya.


2 Cedera Serangan Di Balai Polis

perkarangan balai polis labis



LABIS  - Dua lelaki termasuk seorang yang dipercayai anggota polis cedera parah selepas diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang di Balai Polis Labis di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 40-an cedera di beberapa bahagian badan selepas diserang kumpulan lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd. Kamil Sukaimi berkata, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan mereka dan isteri anggota polis tersebut yang menaiki sebuah kereta dipercayai ditahan seorang lelaki ketika memandu di Jalan Labis-Segamat, kira-kira dua kilometer dari Balai Polis Labis.

Beliau berkata, sebaik sahaja mangsa keluar dari kereta, dia ditetak oleh seorang lelaki lain yang datang dari arah belakang.

“Melihat keadaan itu, rakan mangsa yang memandu kereta tersebut bertindak memecut kereta menuju ke Balai Polis Labis untuk mendapatkan perlindungan dan membuat laporan tentang kejadian itu.

“Namun, mereka telah diekori oleh lima lelaki yang menaiki sebuah kereta. Kumpulan itu kemudian bertindak menyerang rakan mangsa yang dipercayai anggota polis sebaik dia keluar dari kenderaan di kawasan balai. Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat ditetak dengan parang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Kamil berkata, berikutan itu, lima lelaki yang berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan di tempat kejadian bersama empat bilah parang bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Segamat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, polis masih menyiasat punca dan motif kejadian namun tidak menolak kemungkinan serangan tersebut berpunca daripada dendam dan masalah peribadi.



Senarai barisan Kabinet Persekutuan 2013

on Thursday, May 16, 2013

kabinet malaysia 2013



Senarai barisan Kabinet Persekutuan 2013



Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak 
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar 
Datuk Seri Idris Jala 
Tan Sri Joseph Kurup Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: P.Waythamoorthy 


Kementerian Kewangan

Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan


Kementerian Pelajaran

Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin 
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh 
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan


Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek 
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed 
Timbalan Menteri: Hamim Samuri


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 

Menteri: Datuk Seri G. Palanivel 
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit


Kementerian Pengangkutan 

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pangku) 
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi 


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang 


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman


Kementerian Pertahanan

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri


Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya


Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib 


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun 

Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili 
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin 
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

12 Pengikut Tuhan Harun Dicari

pengikut tuhan harun dicari



KUANTAN – Dua belas pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dicari pihak berkuasa berikutan kegagalan mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin untuk sebutan kes.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Raflie Ab. Malik berkata, mahkamah itu telah mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka yang berusia 12 hingga 41 tahun untuk hadir ke pejabat JAIP bagi membantu siasatan atas dakwaan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.

Mereka yang diburu itu ialah isteri ketiga ketua kumpulan itu, Harun Mat Saad, 47, iaitu Azida Mohd. Zol, 30, dari Kuala Terengganu, Terengganu dan empat anak Harun iaitu Mahni, 12, Saufi, 18, Lukman, 20, dan Muhammad, 21 tahun.

Turut diburu ialah Khairul Amir Akasah, 34, dari Port Dickson, Negeri Sembilan; Mohd. Tirmizi Othman, 17, dari Sungai Petani, Kedah; Mohamad Ghazali Fitri Mohd. Azam, 25, dari Shah Alam, Selangor; Norhairi Harun, 41, dari Skudai, Johor dan Norhafizah Mohd. Azam, 28, dari Shah Alam.

Dua lagi yang dicari ialah Farhaien Othman, 22, dari Sungai Petani dan Shuzliana Mokhtarudin, 29, dari Slim River, Perak.

Kelmarin, enam lelaki dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat itu didakwa di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang membawa hukuman denda RM2,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan.



15 Maut Di Benghazi

on Tuesday, May 14, 2013

15 maut bom kereta di benghazi



BENGHAZI - Sebuah bom kereta yang meletup dekat sebuah hospital di bandar ini semalam telah menyebabkan 15 orang terbunuh, kata seorang pegawai semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Abdullah Massoud menyatakan angka tersebut merupakan perangkaan awal selepas letupan tersebut memusnahkan sebuah restoran dan beberapa buah bangunan lain.

Beliau berkata, seramai 30 orang lagi mengalami kecederaan.

Seorang saksi memberitahu, dia mendengar letupan yang kuat semasa kejadian tersebut berlaku.

Serangan itu adalah yang terbaharu selepas sebahagian penduduk berjaya menggulingkan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi pada tahun 2011 ekoran kebangkitan rakyat di Asia Barat.

Sebelum ini, empat buah balai polis dibom di bandar ini dalam tempoh beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, serangan tersebut tidak menyebabkan kerosakan teruk dan kematian. Pihak berkuasa menyalahkan golongan radikal Islam berhubung kejadian keganasan yang berlaku di bandar ini.

Pada September tahun lalu, Duta Amerika Syarikat (AS) di Libya, Chris Stevens dan tiga lagi warga AS terbunuh di Benghazi.

Mereka terbunuh dalam serangan yang berlaku di Pejabat Konsulat AS. - Agensi


Pembantu Kedai Maut Terkena 10 Das Tembakan Di Kulim

on Sunday, May 12, 2013

terkena 10 das tembakan dan maut



KULIM: Seorang pembantu kedai barang lusuh ditemui mati dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan, di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas, malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai K Thangaraja, 31, dari Taman Perak di sini dikatakan sedang memandu bersendirian ke arah lebuh raya Butterworth-Kulim, sebelum diserang pada jam 8.43 malam.
"Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dipercayai bersenjatakan pistol mendekati kereta Perodua Alza yang disewa mangsa, yang sedang berhenti di persimpangan itu. Suspek kemudiannya melepaskan l0 das tembakan ke arah mangsa.

"Beberapa das tembakan mengenai muka dan lengan mangsa. Mangsa meninggal di tempat kejadian," kata Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh ketika di hubungi hari ini.

Beliau berkata, pihak polis menjumpai 10 kelongsong peluru berukuran 9 mm di dalam kereta dan kawasan kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

Mangsa dipercayai berasal dari Pulau Pinang dan dipercayai baru berpindah di taman berkenaan.
- BERNAMA


Richard Branson Tunai Janji Kepada Tony Fernandes

richard branson bersama tony fernandes


MELBOURNE: Hartawan penerbangan, Sir Richard Branson akan mendarat di Kuala Lumpur tengah hari ini dengan memakai mekap, berkasut tumit tinggi dan sarung kaki untuk menunaikan janji selepas kalah pertaruhan kepada Ketua Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes pada Grand Prix dua tahun lalu.

Beliau berlepas dari Perth pagi ini dengan penerbangan amal untuk mengumpul dana ke Kuala Lumpur, dengan berpakaian wanita.
The Australian Associated Press melaporkan di sebuah bar di Perth CBD pada Sabtu malam, Branson membenarkan pramugari AirAsia mencukur bulu kakinya.

Terdapat alasan kukuh kenapa beliau mengambil masa yang lama untuk menunaikan janjinya itu - kakinya patah, terbabit dalam kemalangan semasa naik belon udara panas untuk menyaksikan prototaip Virgin Galactic, yang akan melakukan penerbangan komersil ke angkasa.

"Ya, memang betul. Kami sama-sama memiliki pasukan Grand Prix dan saya amat yakin yang saya akan menang," kata Branson sepertimana dipetik oleh AAP,

"Berlaku kesilapan. Sudah tentu pemandu pada perlumbaan itu tidak lagi bersama-sama kami. Saya berusaha untuk mengelak berada di sini (dalam penerbangan amal ini), tetapi tahu perlu tunaikannya."

Sementara itu, Fernandes yang dicabar untuk menunaikan janjinya, mengumumkan akan menjadi seorang daripada pelancong angkasa dalam penerbangan komersil pertama Virgin Galactic, adalah penerbangan yang amat mahal.
"Apa yang beliau (Branson) tidak sedar ialah sebaik sahaja saya pergi ke angkasa, akan ada versi tambang murah - AirAsia Galactica, kira-kira 10 peratus daripada harga yang beliau kenakan," katanya.

Dana daripada penerbangan amal itu akan disalurkan kepada Starlight Foundation untuk kanak-kanak sakit.

- BERNAMA


Lori Tangki Meletup 22 Maut

on Friday, May 10, 2013

Lori tangki meletup di mexico



Bandaraya Mexico: Sebuah lori tangki gas asli hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan meletup dalam kejadian di sebuah lebuh raya bersebelahan kawasan perumahan di Ecatepec, di Bandaraya Mexico awal kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan mencederakan berpuluh yang lain, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa di Jabatan Keselamatan Negeri Mexico tidak menolak kemungkinan angka kematian akan meningkat. Sekurang-kurangnya satu dozen penduduk masih dimasukkan ke hospital lewat kelmarin, dengan beberapa orang di antara mereka dalam keadaan kritikal.
Gabenor Eruviel Avila berkata bahawa seramai 22 orang dikenal pasti mati, katanya dalam satu surat kepada Pope Francis dan sepatutnya ditemui beliau di Vatican semalam. Avila berkata beliau terpaksa berpatah semula ke Mexico.

Pencarian diteruskan

Jurucakap jabatan keselamatan negeri, Cesar Diaz berkata pekerja kecemasan meneruskan pencarian sepanjang malam terhadap kenderaan yang terbakar dan rumah berhampiran lebuh raya di utara metropolis berkenaan.

Penduduk membantu menyelamatkan mangsa dari kawasan kemalangan kira-kira 5.30 pagi itu yang menyebabkan letupan dan kebakaran kereta serta rumah.
Rakaman televisyen menunjukkan api menjulang di kawasan perumahan itu pada waktu subuh yang gelap.
Trak tangki gas terbabit meletup sejauh 50 meter, terpelanting hingga ke dinding sebuah rumah dan kereta yang diletakkan di luar rumah berkenaan. Sejumlah ternakan termasuk kambing dan binatang ternakan lain juga terbunuh dalam kemalangan itu. - AP

Kapal Langgar Menara - 9 Maut

on Thursday, May 9, 2013

kapal langgar menara di pelabuhan genoa



Mangsa tercampak ke laut, terperangkap dalam lif

Rome: Sekurang-kurangnya sembilan orang dikhuatiri terbunuh selepas sebuah kapal kargo Jolly Nero melanggar menara kawalan hingga tumbang ke pelabuhan Genoa, Itali, kata pegawai penyelamat semalam.

Kira-kira 15 orang berada di dalam menara terbabit ketika ia dilanggar, menyebabkan mangsa tercampak ke dalam air dan terperangkap di dalam sebuah lif di menara kawalan itu.
Kemalangan berlaku ketika penduduk Itali masih trauma dengan kejadian kapal Costa Concordia yang karam pada waktu malam di pulau Giglio pada Januari 2012 menyebabkan sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh.

Seorang mangsa dikenal pasti sebagai Daniele Frantantonio, 30, yang bekerja di pusat operasi pengawal pantai, manakala mangsa yang lain masih belum dikenal pasti.

Pelabuhan paling sibuk

Pasukan penyelamat menyelam ke kawasan perairan di sekitar pelabuhan paling sibuk di Itali itu dan masih mencari enam hingga tujuh orang yang dipercayai hilang selepas kemalangan, di mana sekurang-kurangnya empat mangsa dilaporkan cedera parah.

Anjing pengesan yang dilatih untuk mencari mangsa di zon gempa bumi juga digunakan bagi mengesan mereka yang terperangkap dalam runtuhan terbabit.
Bilangan sebenar mangsa yang hilang tidak dapat dikenal pasti disebabkan kemalangan pada jam 11 malam itu berlaku ketika pertukaran syif di menara yang condong sehingga 45 darjah sebelum ia runtuh sebahagiannya.

Jurucakap bomba di tempat kejadian, Luca Cari, memberitahu Associated Press (AP) bahawa mayat keempat ditemui di kawasan lif dan usaha menyelamat masih diteruskan.

Sehingga pagi semalam, apa yang tinggal hanyalah tangga luar menara kawalan terbabit yang condong ke tepi. Menara itu sendiri terkeluar dari pelabuhan, sama ada di dalam air atau dalam timbunan runtuhan.

Seorang doktor, Andrea Furgani, yang juga anggota pasukan penyelamat berkata krew pada awalnya membawa empat mangsa cedera ke hospital di Genoa.

“Keadaan mereka kritikal. Mereka mengalami kecederaan akibat daripada ditindan, patah tulang dan cedera pada bahagian dada,” katanya kepada AP.

Kapal Jolly Nero adalah milik syarikat perkapalan Itali, Ignazio Messina & C. SpA.

Berdasarkan laman webnya, Messina Line yang berpejabat di Genoa, memiliki 14 kapal kargo dengan kapal Jolly Nero berukuran 239 meter panjang dan 30 meter lebar.

Agensi berita ANSA memetik pegawai syarikat itu, Stefano Messina, berkata bahawa kejadian seperti ini tidak pernah berlaku kepada syarikat itu yang diasaskan pada 1921. - AP/AGENSI

Penahanan 2 Suspek Di Syaki Membunuh

suspek pembunuhan kanak-kanak



Klang: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang mati disyaki dirogol dalam kejadian di Jalan Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan di tempat kejadian selepas dilihat cuba melarikan diri dari lokasi kejadian pada waktu mayat mangsa ditemui.
Mangsa Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11 dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerahj Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.30 malam dalam keadaan menyayat hati di kawasan tanah lapang berdekatan kawasan tempat meletak kenderaan.

Setakat ini, polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Ultrabook Windows 8 Tipis

on Tuesday, May 7, 2013

Asus VivoBook S500


Pengguna sekarang ini lebih gemar menggunakan ultrabook kerana menurut mereka ia ringan, memudahkan banyak kerja selain mempunyai pelbagai keupayaan yang lain.

Disebabkan aliran pengguna kini lebih kepada ultrabook, membuatkan sebahagian besar pengeluar barangan elektronik mulai mengeluarkan model ultrabook mereka. Antaranya adalah Asus, pengeluar komputer terbesar dunia dengan ultrabook terbaru mereka dikenali sebagai Asus VivoBook S500.

Model ini adalah ultrabook skrin sentuh dengan gaya rekaan metalik. Permukaan luarannya dibuat dari aluminium dengan rekaan seperti garisan kecil, membuatkan ia kelihatan lebih bergaya.

Selain itu, ia mempunyai fungsi panel skrin sentuh kaca berukuran 15.6 inci multitouch dengan dukungan resolusi 1366×768 piksel. Sedangkan untuk meningkatkan daya sistem didalamnya, ultrabook Windows 8 ini disokong sepenuhnya oleh prosesor Intel Core i7-3517U yang digabungkan dengan GPU Intel GMA HD dan RAM 4GB.

Selain meningkatkan pemacu keras kapasiti 250GB/500GB, ultrabook ini juga mengemas cache SSD sebesar 24GB untuk melakukan booting dan membuka aplikasi dengan pantas.

Tak hanya itu saja, ia juga dilengkapi beberapa fungsi lain seperti Bluetooth 4.0, WiFi 802.11b/g/n, webcam HD, built-in speaker, mikrofon, D-sub, HDMI video output, konektor USB 3.0, teknologi SonicMaster, dan bateri 3-cell lithium-polymer yang mampu memberi daya tahan pengoperasian hingga 5 jam lamanya.


Keputusan PRU 13

keputusan lengkap pru 13
                                                * dalam kurungan keputusan pru 12 (2008)



         Keputusan lengkap PRU 13

Rakyat Malaysia Keluar Mengundi Hari Ini - 5 mei 2013

on Sunday, May 5, 2013

pru 13,5 mei



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia keluar mengundi hari ini untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara untuk memilih kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Daripada 13,268,002 pengundi berdaftar yang layak mengundi, hanya 12,992,661 akan mengundi hari ini setelah 272,387 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan mereka mengundi awal pada 30 April lepas.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi yang dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengundi di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang manakala Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan mengundi di Sekolah Menengah Sri Muar, Muar, Johor pagi ini.


Whatsapp dan Twitter Saingi SMS

Whatsapp dan Twitter Saingi SMS




Di awal kemunculan telefon bimbit kita hanya boleh menelefon saja, kemudian memasuki pula era meninggalkan pesanan melalui pager, di mana pengguna menerima pesanan ringkas dan jika mahu mengetahui lanjut perlu menelefon ke pusat panggilan.

Mungkin bagi remaja kini, mereka tidak mengetahui mengenai perkembangan telefon bimbit dan sistem pesanan ringkas sebegini kerana teknologi kini menyediakan pelbagai kemudahan perhubungan.
Malah pernah terjadi satu tahap di mana pengguna gemar menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbanding menelefon kerana ia mudah dan menjimatkan.

Itu dulu, jika lihat sekarang ini semuanya masih lagi berhubung melalui telefon bibit tetapi bukan melalui SMS lagi. Pelbagai aplikasi chatting sudah boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.

Populariti ini sedikit sebanyak mengorbankan SMS. Fakta tersebut semakin diperkuat dengan adanya kajian yang baru saja dilakukan oleh Financial Times.

Dalam kajian tersebut dinyatakan bahawa SMS memang miliki lebih banyak pengguna dibandingkan dengan aplikasi chatting. Namun jika dikira dari jumlah pesanan yang dikirim, aplikasi chatting ternyata jauh lebih banyak.

Melalui kajian mendapati aplikasi chatting mampu mengirim sebanyak 41 bilion pesanan setiap hari. Angka tersebut dua kali ganda dibandingkan pesanan yang dikirim melalui SMS.
Fakta ini juga turut diperkuatkan dari dakwaan pihak WhatsApp yang mengatakan bahawa mereka memiliki lebih banyak pengguna berbanding Twitter. Pihak WhatsApp juga menyatakan mereka mengirimkan pesanan sebanyak 18 bilion sehari, jumlah itupun lebih banyak dibandingkan pesanan melalui Facebook sebanyak 10 bilion pesanan.


Kedai Emas DiRompak Lebih $100,000 Lesap

on Saturday, May 4, 2013

kedai emas dirompak di petaling jaya



Petaling Jaya: Seorang pemilik kedai emas kerugian lebih RM100,000 dalam tempoh tiga minit selepas disamun empat penjenayah di premisnya di Jalan Othman di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, empat lelaki bertopi keledar berpenutup muka, dilihat memasuki kedai emas yang baru sejam dibuka itu selepas melepaskan satu das tembakan amaran.

Enam pekerja dan seorang pelanggan yang berada dalam kedai berkenaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana dua daripada empat penjenayah dilihat bersenjatakan pistol.

Penjenayah terbabit memecahkan cermin kaunter menggunakan dua tukul besi dan kapak sebelum mengaut barang kemas dipamerkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata, rompakan berlaku dalam tempoh tiga minit sebelum suspek melarikan diri menaiki dua motosikal.

“Lokasi kejadian sudah diperiksa pasukan forensik dan kita menemui beberapa bukti termasuk dua tukul besi dan sebilah kapak yang dipercayai digunakan untuk memecahkan cermin pameran.

“Semua pekerja dan pelanggan di premis itu tidak dicederakan manakala polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, pengurus restoran berhampiran kedai emas terbabit, Ajimir Mustafa, 40, berkata beliau berada di kaunter ketika terdengar bunyi tembakan.

“Saya dan beberapa pekerja serta pelanggan lari ke belakang kedai untuk menyelamatkan diri,” katanya.


Kontraktor Di tembak DiKelantan

kontraktor di tembak,Mohd Nasir Zakaria



KOTA BHARU: Seorang kontraktor menerima 'kejutan Maghrib' apabila ditembak tiga das oleh seorang lelaki yang dikenalinya di depan rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, jam 7.30 malam tadi.

Mangsa, Mohd Nasir Zakaria, 53, yang juga seorang kontraktor ditembak selepas membuka pintu ketika dipanggil suspek supaya keluar.

Suspek yang menembak mangsa melarikan diri, manakala mangsa dibawa ke hospital menaiki kereta dipandu anaknya bersama isterinya, Zahmahnu Che Abdullah, 39.

Mangsa cedera di paha dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kes berkenaan bermotifkan dendam.


Lombong Emas Runtuh 60 Maut Di Sudan

on Thursday, May 2, 2013

60 maut di sudan,lombong emas runtuh



KHARTOUM  - Lebih 60 orang dilapor mati tertimbus apabila sebuah lombong emas runtuh di Darfur,

Sudan hari ini.

Pegawai polis tempatan, Haroun al-Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku di Jebel Amir, Darfur Utara

dan jumlah sebenar mangsa yang tertimbus masih lagi disiasat.

"Menurut laporan, lebih 60 orang terbunuh dalam insiden berkenaan.

"Saya tidak dapat memberikan jumlah sebanar mangsa yang terkorban atau terperangkap kerana tiada

maklumat yang menunjukkan berapa ramai orang memasuki lombong berkenaan," jelasnya. - AFP


Minum Yogurt Bercampur Racun Tikus

2 maut minum yogurt bercampur racun tikus di china



BEIJING  - Dua kanak-kanak di utara China meninggal dunia selepas meminum yogurt yang dipercayai dicampur dengan racun tikus oleh seorang pemilik pusat jagaan kanak-kanak.

Agensi berita Xinhua hari ini melaporkan, kejadian itu berlaku di wilayah Hebei, semalam apabila mereka meminum yogurt beracun tersebut yang ditemui oleh nenek mangsa di tepi jalan berhampiran pusat jagaan terbabit.

Siasatan awal kes berkenaan berpunca daripada persaingan dan perasaan hasad dengki antara pemilik-pemilik pusat jagaan kanak-kanak di kawasan tersebut.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini. - AFP


Enam Maut Ditembak Di Selatan Thailand

selatan thailand,pattani



PATTANI — Polis Thailand menyatakan, kumpulan pemisah membunuh enam orang termasuk seorang budak lelaki berumur dua tahun dalam insiden tembakan di sini

Insiden tersebut merupakan antara yang terburuk di selatan Thailand pada tahun ini.

Kolonel Polis, Tuanday Juthanan berkata, empat gerila melepaskan tembakan raifal M16 di hadapan sebuah kedai runcit di sini, malam semalam.

Menurutnya, serangan itu meragut enam nyawa penganut Buddha dan mencederakan seorang lelaki.

Kata Tuanday, keempat-empat penyerang itu kemudian melarikan diri dengan menaiki dua motosikal sambil menabur paku di atas jalan untuk mengelak daripada dikejar pasukan keselamatan.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kebangkitan Islam bermula pada 2004 di tiga buah wilayah di selatan Thailand.

Serangan berlaku hampir setiap hari di selatan negara itu di sebalik usaha terbaru kerajaan untuk mengadakan rundingan damai dengan kumpulan-kumpulan pemisah. - AP


CPUV Pertama Aku Dari Nuffnang

cpuv nuffnang



 Syukur Alhamdullilah buat pertama kalinya CPUV nuffnang melekat kat blog ni...Tak sangka pulak blog tak seberapa ni pun boleh dapat...kehkehkeh
Harap2 jangan pulak dia malu2 lagi nak melekat kat blog ni

Kemalangan Ngeri Di Terengganu

on Wednesday, May 1, 2013

kemalanga di kuala berang


KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai polis tidak menyangka akan kehilangan isteri dan dua anaknya secara serentak apabila ketiga-tiga insan yang dicintanya itu maut selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 27 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang di Kampung Sungai Mali, Wakaf Tapai, Marang semalam.

Superintendan Ghazali Daud, 49, yang bertugas sebagai Urusetia di Unit Agama dan Kaunseling Bukit Aman kehilangan isterinya, Haniza Abdul Rahman, 40, serta dua anak, Ahmad Firdaus Izzudin, 10, dan Nur Aliah Adibah, 9, dalam kemalangan pada pukul 3.45 pagi itu.

Ketiga-tiga mangsa maut akibat cedera parah di kepala dan badan selepas tercampak keluar daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova yang dipandu Ghazali.

Kejadian itu turut mengakibatkan Ghazali yang juga imam Masjid Bukit Aman patah paha kiri. Turut berada dalam MPV itu ialah lima lagi anak pasangan itu.

Nur Aliah Afifah, 6, dan Nur Aliah Atikah, 5, dilaporkan kritikal kerana cedera parah di kepala. Aina Yusra, 2, patah paha kiri manakala Ahmad Fahmi Izzudin, 12, dan Akilah Husna, tujuh bulan pula cedera ringan.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan ke rumah keluarga Haniza di Kampung Gong Pak Jin, Gong Badak dari Kuala Lumpur.


 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal