Bayi Jadi Tebusan Bapa

on Saturday, September 21, 2013

bayi empat bulan jadi tebusan bapa


Pegang parang bersama anak elak dicekup polis

Bukit Mertajam - Seorang bapa bersenjatakan dua parang tergamak menjadikan bayi perempuannya yang berusia empat bulan sebagai tebusan apabila sepasukan polis membuat serbuan di rumahnya di Kampung Bukit Teh, di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, suspek yang dipanggil dengan nama gelaran Kopi dalam kalangan penduduk kampung berada di dalam rumah berkenaan bersama isteri dan anaknya.
Bagi mengelak daripada ditangkap polis, suspek mendukung bayinya di tangan kiri sambil memegang sebilah parang yang diletakkan di leher bayinya manakala tangan kanan yang turut memegang sebilah parang mengacukannya ke arah polis selain mengugut mahu membunuh bayinya.

Polis cuba memujuk suspek namun dia bertindak agresif ke atas bayinya hingga memaksa polis melepaskan satu das tembakan amaran tetapi tidak dipedulikan.

Cuba lepaskan diri

Suspek yang semakin agresif cuba melarikan diri bersama bayi ke arah kawasan belukar berhampiran menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai kaki serta paha kiri suspek sebelum rebah.

Sebaik menghampiri suspek, anggota polis terus menyelamatkan bayi berkenaan daripada bapanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata suspek yang berusia 26 tahun cuba ditahan dalam operasi kes narkotik mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Katanya, polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai kaki dan paha kiri suspek selepas dia bertindak agresif ke atas bayi yang didukung selain mencederakan seorang anggota polis selepas melibaskan parang ke arah anggota berkenaan.

“Suspek yang tidak bekerja didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan curi motosikal dilaporkan dalam keadaan stabil serta akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Din mendakwa terdengar suara orang menjerit-jerit sebelum disusuli bunyi tembakan ketika menjalankan kerja ukur tanah di kampung berkenaan.

Katanya, dia terlihat seorang lelaki berlari sambil mendukung seorang bayi dengan kedua-dua belah tangannya memegang parang sambil menjerit dan mengacukan parang kepada sepasukan polis yang mengekorinya.

“Saya lihat polis cuba memujuknya namun lelaki itu bertindak agresif dan melibaskan parang ke arah polis sebelum polis menembak bahagian kakinya,” katanya.

Peti Surat Bentuk Pistol

on Sunday, September 8, 2013

roger buchko mailbox

New Jersey - Seorang peminat fanatik pistol membina sebuah peti surat gergasi berbentuk revolver.44 Magnum.

Roger Buchko, 49, dari bandar Lopatcong, New Jersey, menghasilkan ciptaannya itu berdasarkan pistol Smith & Wesson yang dimilikinya.

Dia menyiapkan peti surat berkenaan dua minggu lalu dan sejak itu semua suratnya dimasukkan menerusi muncung pistol berkenaan.

Buchko memperoleh idea itu selepas melihat rekaan serupa di Internet dan menghabiskan beberapa jam sehari selama empat bulan untuk membinanya.

Menurutnya, dia tidak berniat untuk membuat sebarang kenyataan politik di sebalik peti surat berkenaan.


“Ia hanya projek peribadi saya,” kata Buchko.

Tempat meletak peluru pistol berkenaan yang boleh dipusingkan dibuat daripada kayu sementara pemegang dan larasnya daripada paip PVC.

Butchko, bekas pembuat kabinet berkata, setakat ini, peti suratnya itu menerima reaksi positif.

Sekurang-kurangnya 500 orang sudah mengambil gambarnya.

“Mereka sukakannya. Tidak ada yang memberi reaksi negatif, kecuali seorang yang melontar telur pada peti surat saya itu,” katanya. - Agensi


HTC Zara

HTC Zara

Selain mengumumkan telefon pintar murah HTC Desire 300, terdapat telefon Android lain yang diperkenalkan oleh HTC. HTC Desire 601 atau kerap disebutkan dengan nama HTC Zara adalah saudara kembar dari HTC Desire 600.

Hadir dengan skrin berukuran 4.5 inci dengan prosesor dual core Snapdragon 400 di dalamnya yang ditunjang oleh RAM sebesar 1GB. Tidak seperti Desire 600 yang menawarkan fungsi dual kad SIM, telefon pintar ini hadir dengan satu slot kad SIM.
Di bahagian belakang, telefon pintar ini mempunyai kamera 5MP dan sebagai tambahan terdapat kamera VGA di bahagian depan. Kemudahan ini dilengkapi teknologi HTC ImageChip yang mampu meningkatkan kualiti gambar.

Tidak hanya itu, telefon pintar ini juga memiliki kemampuan merakam video Full HD. HTC turut membenamkan UI Sense 5 dan sambungan LTE.

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal