SANA'A - Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan lebih 41 hilang apabila kenderaan rombongan perkahwinan dihanyutkan arus banjir deras di selatan Yaman, semalam.
Jurucakap pegawai daerah Shara'ab berkata, mangsa adalah wanita dan kanak-kanak di dalam tiga kenderaan.
"Kejadian berlaku apabila mereka melalui jalan raya di lembah Wadi Nakhla terletak antara Taiz dan wilayah Ibb," katanya yang turut mengesahkan lapan mangsa diselamatkan termasuk pengantin perempuan.
Yaman merupakan sebuah negara yang terdedah kepad banjir berikutan kedudukannya di hujung selatan Semenanjung Arab. - Al-Jazeera
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment