Nokia melancarkan telefon pintar baru, Lumia 1020 dengan ciri paling menonjol iaitu kamera 41 megapiksel, dalam usahanya mengejar dan merapatkan kedudukan dengan peneraju industri, Samsung Electronics Co dan Apple Inc. Lumia baru dengan kamera 41 megapiksel, jauh mengatasi iPhone 5 dan Samsung Galaxy S4 yang masing-masing dengan kamera 8 dan 16 megapiksel. Malah, resolusi kamera pada Lumia jauh lebih baik daripada kamera kompak tertentu.
Bagaimanapun, megapiksel tinggi tidak bermakna mutu gambar lebih baik kerana ada faktor lain termasuk kualiti lensa turut memberi kesan. Keupayaan pengimejan pada model ini adalah luar biasa. Namun Lumia masih lagi Windows Phone, jika pembeli mahu aplikasi pada sebuah peranti pintar, mereka masih tetap mencari iPhone.
Lumia 1020 yang digerakkan perisian Windows, akan dijual di Amerika Syarikat menerusi AT&T mulai 26 Julai sebelum dibawa masuk ke pelbagai negara lain di dunia termasuk China.
Model Lumia terdahulu walaupun mendapat pujian peminat peranti dan penulis teknologi, tetap gagal menghentikan peralihan pengguna kepada peranti Android.
Perisian Android dan Apple iOS merangkumi 90 peratus daripada jualan telefon pintar mengikut penyelidikan IDC.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment