Cara-cara nak elak format PC setiap minggu

on Tuesday, December 18, 2012




Berapa lama PC korang boleh tahan daripada di format? Seminggu? Sebulan? Setahun? Kalau dulu, boleh dikatakan setiap minggu aku format PC aku semata-mata untuk test software, windows dan macam-macam lagi. Tapi itu kes lain la. Biasanya korang format PC sebab apa? Ada sebab menternak virus, ada sebab system rosak, ada sebab slow sangat (padahal install banyak program) dan macam-macam sebab lagi kan. Jadi macam mana nak elakkan PC kita tu daripada kena format tiap minggu (dengan kata lain, kerap sangat)? Di sini aku nak kongsi beberapa tip yang boleh membantu kita mengelakkan benda ni daripada terjadi. Tapi kalau nak jadi jugak nak buat macam mana ye tak 



1. Update antivirus

Antivirus ni memang software yang wajib korang ada dalam PC masing-masing. Tak kira la PC korang tu guna untuk apa, main game ke, surf internet ke, berfacebook ke, mesti kena ada antivirus yang bagus. Contoh antivirus yang bagus ialah yang berbayar tu seperti Kaspersky, Norton, BitDefender, McAfee dan pelbagai lagi. Tapi ini tak bermakna antivirus yang free tu tak bagus pulak. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Yang free pun banyak apa yang bagus. Aku rekomen pakai Avast/Avira. Nak cuba pakai yang berbayar pun boleh, murah je kat kedai, mampu milik oleh semua. Lepas dah dapat antivirus pilihan hati tu, apa lagi, sila la update ye. Lepas tu test la antivirus korang tu aktif ke tak.


2. Install & update Anti-Spyware

Software anti-spyware ni banyak yang free, jadi jangan segan silu ke filehippo atau laman web lain seperti softpediacnet dan macam-macam lagi untuk download mana-mana yang korang berkenan. Tapi baik survey dulu mana yang bagus ye tak. Jangan pakai yang lanun pulak, kalau boleh elakkan daripada guna yang lanun ok. Aku sendiri pun pakai antispyware yang free tu je hehehe. Tapi kalau nak yang bagus dan berkemampuan, boleh cuba guna Malwarebytes Anti-Malware.

Tapi kenapa perlu install anti-spyware ni? Sebab bila kita surf internet, masuk laman web tertentu, sejenis spyware akan di install ke komputer kita tanpa pengetahuan kita. Apa yang spyware ni buat ialah ia kumpul data-data mengenai pengguna (kita) dan hantar keluar (internet) ke destinasi tertentu. Data-data tu boleh jadi samada password, online banking, habit kita melayari internet dan sebagainya. Jadi, fikir-fikirkan lah ok.

3. Cuci sistem

Untuk cuci sistem ni, aku rekomen pakai CCleaner. Aku tahu ada banyak lagi yang lebih bagus, tapi yang lebih bagus tu biasanya berbayar. Jadi apa salahnya pakai yang free kan? CCleaner ni ada banyak fungsi dia. Selain buang fail-fail sampah windows, ada juga fungsi untuk kita baiki registry windows. Kalau kita ada banyak buat install dan uninstall software (untuk test atau apa sahaja), elok la guna fungsi ni untuk cucikan registry tu. Itu saja? Ada lagi. Dia juga ada fungsi uninstall program (lebih kurang add/remove yang dalam windows tu), ada juga startup (lebih kurang msconfig) dan akhir sekali ada fungsi system restore. Banyakkan fungsi dia? Jadi sila install yang latest ye.

4. Hanya install perisian-perisian yang kita guna sahaja.

Ermm tajuk tu menjelaskan segalanya hehehe. Pesan saya di sini, tolong la install program yang kita GUNA sahaja. Janganlah sebab nak tunjuk hebat, semua yang ada kita nak install. Contoh? media player. Kita pun tahu media player ni banyak nama kan. Ada Winamp, KMPlayer, VLC Player, BSPlayer, iTunes dan pelbagai lagi. Pilih salah satu dah cukup, tak perlu semua tu kn? Kalau semua tu awek, mesti kita berkenan dengan salah sorang kan? Kalau semua korang nak, korang memang tamak la ahahaha. Jangan marah ye.

5. Lakukan Defragment

Adalah digalakkan melakukan proses ini sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya sistem kita sentiasa tip-top, pantas dan bergaya. Dua bulan sekali? Pun boleh. Setahun sekali? Lagi boleh sebab confirm masa ni baru siap format hehehe. Tak ada la. Proses defrag ni dibuat supaya data-data kita tu tersusun rapi dan senang untuk komputer kita cari apa-apa fail. Barulah komputer kita tu laju sikit. Apabila komputer kita laju, kita pun senang hati kan?

6. Sistem restore

Terdapat perdebatan bahawa sistem restore ni tak perlu. Ada juga yang kata sistem restore ni amat penting. Bagi aku, memang sistem restore ni amat penting kepada sistem kita sebab jika berlaku apa-apa (masuk virus ke contohnya) kita boleh kembali kepada keadaan sebelumnya. Tak perlu susah-susah kita nak format PC kita tu. Tapi yang menjadi masalahnya, sistem restore ni memakan sejumlah besar space dalam hard disk kita. Lagi banyak titik restore yang kita buat, lagi banyak space dia makan. Oleh sebab itulah aku tak pernah pakai pun sistem restore ni, tapi aku tak rekomen korang tak pakai tau. Kalau tak nak pakai sistem restore oleh Microsoft ni, boleh juga guna yang berbayar, tapi aku tak tahu la mana yang bagus sebab tak pernah guna. Tapi nasihat aku, pakai je la yang microsoft dah bagi tu, lagi senang. Mana la tau kan, malang tak berbau 



Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Etuza Ezawarna said...

terima kasih tips2 yang berguna ni ...


January 6, 2013 at 5:10 AM

Post a Comment

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal