Mancester United Dan Arsenal Berebut Sterling

on Sunday, December 16, 2012




LONDON - Arsene Wenger dan Alex Ferguson bersaing untuk mendapatkan permata baru Liverpool, Raheem Sterling dengan sedia menawarkan 15 juta pound (RM74.1 juta).
Sterling masih berunding mengenai kontrak baru di Anfield, namun Arsenal dan Manchster United sudah mengorak langkah untuk merampas pemain kelahiran Jamaica itu ketika kontraknya berbaki 18 bulan.
Wenger bercadang menawarkan Theo Walcott sebagai pertukaran untuk Sterling, namun United tiba-tiba muncul, sekali gus menambah tekanan Reds untuk mengekalkan bintang muda itu.
Sterling dan Liverpool hanya akan berunding secara rasmi dalam masa terdekat kerana pemain sayap itu baru mencecah 18 tahun, minggu lalu. Namun, Sterling sedar dia kini adalah pemain yang amat dikehendaki, justeru rundingan juga pasti terarah kepada berapakah gaji yang sedia ditawarkan Reds.
Sterling mendapat tempat dalam kesebelasan utama Liverpool di bawah Brendan Rodgers, dan aksi cemerlangnya berjaya memikat England untuk disenaraikan dalam skuad senior buat kali pertama ketika The Three Lions tewas 4-2 kepada Sweden dalam aksi persahabatan, bulan lalu.
Pengumuman United untuk membawa pemain itu ke Old Trafford sesuatu yang mengejutkan kerana sejarah permusuhan kedua-dua gergasi Liga Perdana Inggeris itu hampir tidak memungkinkan perpindahan berlaku.
Kali terakhir pemain Liverpool berpindah terus ke Old Trafford berlaku 50 tahun lalu, apabila Phil Chisnall menyertai musim ketat mereka.
Sterling memulakan karier di Queens Park Rangers sebelum Liverpool membelinya dengan harga 600,000 pound (RM2.9 juta) pada usia 15 tahun.
Andai Sterling mahu meninggalkan Anfield dan memilih United, dia belum tentu mendapat tempat dalam kesebelasan skuad Alex Ferguson seperti yang dinikmati bersama Liverpool. Arsenal dilihat pilihan yang lebih baik kerana seluruh keluarganya tinggal di London. - AGENSI


Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Ramlie' 21 said...

Liverpool Jagoan saya mas Hancus..
jadi saya tidak rela kalu si item kecil milik arsenal dan Man. u,,
jheheheh


February 18, 2013 at 8:26 AM

Post a Comment

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal