Jual Nama Haron Din Nak Lariskan Ubat

on Sunday, December 16, 2012



Jual Nama Harun Din Nak Lariskan Ubat : Seorang lelaki yang juga pengamal perubatan telah ditahan pihak polis malam kelamrin. Lelaki tersebut juga dengan beraninya mengaku beliau adalah anak kepada Datuk Dr Haron Din.
Suspek tersebut menyamar semata-mata mahu mengaburi mata golongan kaya demi mengaut keuntungan lebih sejak beberapa tahun lalu.



Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di Seksyen 13, selepas mangsa berpakat dengan polis termasuk wartawan memerangkapnya di rumah berkenaan.
Mangsa yang juga pengusaha pusat kecantikan dan produk kecantikan yang hanya mahu dikenali sebagai Tina, 46, memerangkap suspek dengan menunggu kedatangannya yang mahu menjual batu petir azimat kononnya untuk melindungi rumah mangsa daripada sihir.

Tina telah diarahkan oleh suspek untuk menyediakan wang tunai berjumlah RM4,400 dengan alasan RM400 akan disalurkan kepada Haron sebagai upah manakala baki RM4,000 pula akan didermakan kepada anak yatim.
Pihak polis menahan lelaki itu berikutan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan bersabit kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000– Info Terkini @Forblogger.net

Credit:http://www.forblogger.net

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal