BINTANG pop, Rihanna telah mendermakan RM5.3 juta kepada sebuah hospital di Barbados sebagai tanda mengenang neneknya yang meninggal dunia Jun lalu.
Penyanyi berusia 24 tahun ini berkata hadiah itu merupakan caranya "memberi semula kepada Barbados."
“Saya percaya ini akan memberi kesan yang besar kepada masyarakat di Barbados. Ini dilakukan untuk menyelamatkan atau setidak-tidaknya untuk memanjangkan nyawa mereka,” katanya.
Jumlah itu boleh menampung perbelanjaan tiga peralatan perubatan.
Neneknya, Clara ‘Dolly’ Braithwaite meninggal dunia, Jun lalu selepas bertarung dengan penyakit kanser.
Unit Radioterapi hospital itu telah dinamakan semula sebagai 'Clara Braithwaite Center for Oncology and Nuclear Medicine'.
Rihana atau nama sebenar Robyn Fenty membuat pengumuman dalam lawatannya di hospital itu yang ditemani ibunya, Monica dan datuknya, Lionel Braithwaite.
Dia sangat rapat dengan neneknya, malah sempat mengambil cuti secara tergesa-gesa daripada siri jelajah Eropah, Jun lalu untuk menemani neneknya di hospital.
Apabila neneknya meninggal pada 30 Jun, penyanyi ini memuat naik beberapa keping gambar bersama neneknya itu dengan menulis "hati saya tersenyum dan menangis sekali."
sumber:klpos
{ 3 comments... read them below or add one }
http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
tinggalkan jejak sini follow
December 27, 2012 at 8:29 AM
Rihanna berhati sosial :D
December 30, 2012 at 11:31 PM
.: mulia, patut dicontoh...^_^
January 1, 2013 at 8:19 PM
Post a Comment