Tiga Lelaki DiPenjara Kerana Menculik Dan Merogol

on Saturday, June 1, 2013

tiga lelaki india merogol dan menculik


Shah Alam - Tiga lelaki masing-masing dihukum penjara 28 tahun dan 48 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana didapati bersalah menculik, merogol dan menjolok kayu ke dalam kemaluan seorang wanita berusia 35 tahun pada 2010.

Hakim Ahmad Fairus Mohd Puzi, menjatuhkan hukuman itu ke atas Y Gajehindran, 26; J Malvin Isaac, 24, dan P Aravinthiran, 22, kerana melakukan perbuatan berkenaan di beberapa tempat di Klang, antara jam 6.45 pagi dan 8.30 pagi pada 11 Februari 2010.
Gajehindran yang bertugas sebagai eksekutif akaun dan Aravinthiran yang juga pelajar kolej, didakwa merogol dan memaksa mangsa melakukan seks oral di kawasan semak di Jalan Kebun Nenas 2H/KS7 di Bandar Putera Klang.

Paksa lakukan seks oral

Sementara itu, Malvin Isaac, yang bekerja di sebuah syarikat kurier, turut didakwa merogol mangsa sama, memaksa melakukan seks oral serta merodok kayu ke dalam kemaluan mangsa.

Ketiga-tiga tertuduh turut didakwa menculik dan menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.

Pada awal perbicaraan, empat orang dihadapkan ke mahkamah berhubung kes itu, tetapi seorang daripada tertuduh menjadi saksi pihak pendakwa.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azilah Mat, manakala tertuduh diwakili peguam V Ramavelu.

Seramai 20 saksi dipanggil memberi keterangan di mahkamah.

Ketika membacakan penghakimannya, Ahmad Fairus berkata, pembelaan oleh tertuduh lebih tertumpu terhadap menyalahkan rakan mereka yang kini menjadi saksi pendakwa.

Mereka mendakwa saksi terbabit yang menyerang dan merogol mangsa ketika mereka meninggalkan kawasan semak di sebuah kawasan perumahan dan gagal menghalang saksi itu.

Saya rasa sukar untuk percaya dakwaan ini kerana sudah pasti ketiga-tiga tertuduh boleh melakukan sesuatu bagi menghalang rakan mereka yang dikatakan bertindak seorang diri daripada menyerang mangsa.

Tertuduh serang mangsa

Mereka juga mendakwa tidak membuat laporan polis kerana terkejut dan panik. Tindakan tidak membuat laporan polis hanya menunjukkan mereka juga turut menyerang mangsa, katanya.

Sebelum penghakiman dibacakan, mangsa turut dipanggil bagi memberi Keterangan berhubung kes berkenaan.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BlogHancus All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal